• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • Lawatan Kebajikan Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM terhadap pak Ujang di HAT MIZAN

News

Lawatan Kebajikan Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM terhadap pak Ujang di HAT MIZAN

Hat Mizan, 14 Julai 2020 – Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Roslan bin Mat Nong melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran perang dunia ke – 2,1674 Ujang Bin Mormin aka Pak Ujang yang kini ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan berikutan hidup sebatang kara.

Ujang Mormin telah dilahirkan pada 14 Jun 1921 di Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau telah berkhidmat di dalam perkhidmatan Tentera British pada 1939 sebelum diserap ke Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1942 semasa Perang Dunia ke – 2 sebagai prebet. Beliau merupakan salah seorang anak melayu pertama yang diserap ke batalion tersebut.

Sejarah perjuangan beliau bermula bersama Tentera British dalam pertempuran terakhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Bukit Chermin, Singapura. Perjuangan beliau adalah seazaman dengan perjuangan Lt Adnan bin Saidi yang turut bertempur dalam Pertempuran Bukit Chandu, Singapura. Perjuangan beliau diperakui oleh Kerajaan Britian dan telah dikurniakan pingat-pingat War Medal dan Pacific Star bagi perkhidmatan beliau dari tahun 1939 hingga 1945.

Beliau menamatkan perkhidmatanya pada tahun 1947 setelah berjuang hampir lima tahun mempertahankan bangsa dan tanahair. Setelah tamat perkhidmatan, beliau seterusnya meneruskan hidup beliau sebagai seorang Warden di Jabatan Penjara, Seremban.

Veteran ATM ini telah mendirikan rumah tangga bersama puan Che Nah binti Bahauddin dan mempunyai tiga orang anak. Isteri beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2010. Kedua-dua anak perempuan juga telah meninggal dunia akibat kanser dan kini beliau hidup berseorangan.                                                                                                                                                                                                                                  

 Turut disampaikan sumbangan daripada pihak yayasan veteran kepada Pak Ujang.