• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • Pemanjangan Bantuan Khas Kewangan Sebanyak Rm500 (One-Off) Kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia Yang Tidak Berpencen

News

Pemanjangan Bantuan Khas Kewangan Sebanyak Rm500 (One-Off) Kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia Yang Tidak Berpencen

PEMANJANGAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEBANYAK RM500 (ONE-OFF) KEPADA VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG TIDAK BERPENCEN

Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah serta kepada pesara kerajaan yang memilih skim pencen. Perkara ini adalah seperti mana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Bagi memastikan kebajikan semua sentiasa terpelihara dan tidak ada mana-mana pihak yang tertinggal, Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan Bantuan Khas Kewangan ini kepada kira-kira 179,198 orang veteran ATM yang tidak berpencen, tidak termasuk waris. Pemberian bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 89.5 juta.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM akan menguruskan pembayaran ini kepada veteran ATM yang terlibat mulai 23 April 2020 yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing- masing.

Masih ramai lagi yang belum mendaftar dan pendaftaran boleh dibuat dengan melayari http://daftar.jhev.gov.my. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Oktober 2020.

Kementerian Pertahanan merakamkan penghargaan di atas keprihatinan Kerajaan memanjangkan Bantuan Khas Kewangan ini kepada veteran ATM yang tidak berpencen bagi membantu golongan ini terutama ketika berhadapan dengan wabak COVID-19.