• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • Temuramah Tokoh Veteran ATM Negeri Pahang

News

Temuramah Tokoh Veteran ATM Negeri Pahang

 TEMURAMAH TOKOH VETERAN ATM NEGERI PAHANG - (4516) SHEIKH HUSSIN BIN SHEIKH JAAFAR

 

TEMERLOH, 06 OGOS 2020 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Mejar Khairul Ashinar bin Azid @ Aziz TUDM bersama wakil dari Persatuan Veteran ATM Negeri Pahang telah menyantuni Tokoh Veteran ATM Negeri Pahang, (4516) Sheikh Hussin bin Sheikh Jaafar di alamat TB 06, Jalan Tanjung Besar, Kampung Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang untuk ditemuramah oleh wartawan BERNAMA.

  1. (4516) Sheikh Hussin bin Sheikh Jaafar dilahirkan pada 12 Jun 1926 di Kampung Parit Tengah, Pekan, Pahang.
  2. Beliau telah menyertai Askar Melayu pada 11 Okt 1948 pada usia 22 tahun. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun dan menamatkan perkidmatan pada 01 Nov 1955. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berkhidmat di Taiping, Port Dickson dan Johor Bharu.
  3. Setelah bersara dari perkhidmatan, beliau telah menyertai Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Malaya. Pada 23 Dis 1955, beliau dan 10 orang lagi ahli persatuan telah menubuhkan PBPKM cawangan pantai timur yang bertempat di Kuantan, Pahang. Pada 1956 PBPKM telah diserap masuk ke dalam Persatuan Bekas Tentera Malaya (PBTM).
  4. Sebagai penghargaan kepada jasa dan sumbangan kepada perkhidmatan dan persatuan, pelbagai pingat telah dikurniakan kepada beliau. Antara pingat yang telah dikurniakan kepada beliau adalah:
  5. GSM (General Service Medal)
  6. PPA (Pingat Perkhidmatan Am)
  7. PPS (Pingat Perkhidmatan Setia)
  8. PJM (Pingat Jasa Malaysia)
  9. PSSB (Pingat Setia Sentiasa Berjuang)