Tentang Jabatan

Bahagian Kebajikan


  • Bertanggungjawab menyelaras perlaksanaan dan pembayaran Skim Bantuan Kebajikan kepada Veteran ATM dan tanggungan mereka yang layak melalui skim-skim berikut:
    • Skim Bantuan Sara Hidup
    • Skim Bantuan Peralatan Perubatan
    • Skim Bantuan Persekolahan
    • Skim Bantuan Kemasukan ke IPT
    • Skim Bantuan Bencana Alam
  • Berhubung dengan agensi atau jabatan luar bagi mendapatkan maklumat bagi menentukan bantuan yang sesuai diberikan kepada bekas anggota tentera dalam menjaga kebajikan mereka.
  • Memberikan khidmat nasihat, perundangan, penerangan, lawatan dan menjawab pengaduan awam/veteran ATM mengenai masalah mereka dan kajian semula penerima bantuan yang sedia ada.
  • Membuat lawatan ke rumah Veteran ATM /tanggungan atas keperluan JKKP /kajian yang sedia ada.
  • Mengkoordinasi keperluan kursus motivasi untuk anak veteran ATM yang ditadbir oleh cawangan Negeri.