Kuala Lumpur, 29 November 2018 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain bin Ahmad hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah PERHEBAT, Encik Ahmad Tajudin Bin Jaafar di Bangunan TH Perdana sebentar tadi.

Beliau juga turut menerima kunjungan hormat daripada Wakil Persatuan Veteran Tentera Wilayah Persekutuan (PVTWP).

 

 

 

 

Sarawak, 30 Nov 18 – Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Peralatan Pesakit oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal Bin Hassim kepada veteran ATM Encik Resa Ak Tandang (Ex Sarawak Rangers).

Siasatan awal telah dilakukan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak bersama Pegawai Perubatan 1 Div dan mendapati beliau mengidap penyakit stroke dan uzur sakit tua serta pergerakan semasa veteran agak terbatas.

Kuala Lumpur, 29 November 2018 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain bin Ahmad hari ini menerima kunjungan hormat daripada Defence Adviser Australian High Commision, Captain Wendy Horder di Bangunan TH Perdana sebentar tadi.

Beliau juga turut menerima kunjungan hormat daripada Mantan Panglima Medan Wilayah Timur, Lt Jeneral (B) Dato' Wira Mohd Zaki bin Hj Mokhtar.

Merlimau, 29 Nov 18 - Penyerahan Kerusi Roda melalui Skim Kebajikan Bantuan Peralatan Pesakit yang diwakili oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Lt Mohamad Firdaus Bin Maslan kepada Encik Muhammad Nur Faizuddin bin Nazaruddin, anak kepada veteran ATM Pbt Nazaruddin bin Buang yang menghidap penyakit hidrosefalus (lebihan cecair dalam otak) yang mengakibatkan kegagalan fungsi anggota badan dan kebolehan untuk berjalan.

Kuala Lumpur, 27 Nov 2018 - YBhg. Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin AHmad, Ketua Pengarah JHEV ATM telah mengadakan Sesi Dialog bersama Wakil Persatuan Veteran ATM yang telah diadakan di Vivatel Hotel.

Sarawak, 27 Nov 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan lawatan terhadap veteran ATM, Encik Sadi Ak Baba (Kor Risik) di Hospital Umum Sarawak. Beliau baru sahaja keluar daripada wad ICU dan telah di tempatkan di wad yang biasa namun pesakit pada masa ini masih tidak dapat bercakap.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak akan menguruskan peralatan pesakit yang diperlukan mengikut cadangan yang diberikan oleh Doktor yang merawat.

 

 

Yong Peng, 27 Nov 18 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Muhammad Fazdli Bin Jafri berkesempatan untuk menyerahkan sumbangan pendahuluan bantuan bencana alam RM 1000.00 kepada En. Ahmad Bahman bin Ta'at (Veteran Berpencen) dan keluarga di kediaman sementara beliau sambil diiringi SU PVATM Cawangan Ayer Hitam dan Veteran ATM sekitar Yong Peng. Kediaman Veteran beralamat No 7, Jalan Berjaya 3, Taman Berjaya, Johor yang telah ditimpa musibah rumah terbakar pada 24 Nov 2018 jam 0930 malam.

Muar, 25 November 2018 - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu, telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia Peringkat Negeri Johor bertempat di Dewan SBJ, Batu 3, Bakri Muar, Johor.