• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kluang, 22 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Hairi bin Muhamad Radzi telah menyampaikan waren Bantuan Harapan Negara (BHN) kepada veteran-veteran di kawasan Kluang, Simpang Renggam, Semberong, Air Hitam dan Kahang.

 

Acara penyerahan telah diadakan di pejabat PVATM Cawangan Kluang.

 

Veteran² yang terlibat adalah seperti berikut:

 

1. 1010813 Vet Mohd Taib bin Dahuri

 

2. 1026156 Vet Pauzan bin Sakijan

 

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2019 –Majlis serah terima tugas antara Kdr Isa Bin Ahmad TLDM kepada Kdr Azman bin Yusoff TLDM sebagai Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur. Kdr Isa Bin Ahmad akan menjalani latihan peralihan dan bersara wajid mulai Mac 2020.

Sungai Petani, 19 Ogos 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rodzaly bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan perjumpaan dan mesyuarat bersama-sama 35 persatuan-persatuan veteran ATM Zon Utara di MSSP, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan perkara berkaitan dengan pelaksanaan kempen tabung pahlawan tahun 2019.

Muar, 19 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Negeri Johor Mej Hairi bin Muhamad Radzi telah melaksanakan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup (BSH) terhadap veteran dan balu ATM di sekitar Muar, Johor.

Lawatan turut disertai oleh Ketua Cawangan PVATM Cawangan Muar, Encik Samsudin bin Haji Rais serta AJK persatuan. Senarai veteran dan balu yang terlibat adalah seperti berikut:

Pagoh, 18 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor Mej Hairi bin Muhamad Radzi telah menghadiri majlis penutupan Kursus Pemasaran, Pembungkusan & Pelabelan anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,  FAMA,  PERHEBAT dan PVATM Cawangan  Muar di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh.

Majlis telah disempurnakan  oleh En Sulaiman bin Kaiat,  Setiausaha Sulit  Kanan kepada Menteri Pertanian & Industri Asas  Tani Malaysia.

Kuantan, 15 Ogos 2019 - Pengawai JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Encik Muhamad Razi bin Md Saad telah melawat rumah veteran yang dilanda ribut seperti berikut:

Veteran (T171934) Puan Zamokhshari binti Mohd Ghazali tinggal di alamat Lorong Bahagia Kampung Telok Mahang, KM 8 Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.

Rumah beliau telah dilanda ribut pada 14 Ogos 2019 lebih kurang jam 0615h pagi. Ribut yang melanda telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada bahagian bumbung dan syiling rumah.

Rabu, 14 Ogos 19 - Pegawai JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu telah terlibat dengan beberapa aktiviti bersama veteran ATM. Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung adalah seperti berikut:

1. Upacara Korban di rumah Dato' Muhammad Abd Ghani, YDP PVATM di Kubang Kerian, Kelantan.

2. Lawatan Kebajikan ke rumah Staf JHEV ATM Cawangan Negeri iaitu Puan Siti Salmiya bt Yacob berikutan kematian ayahnya.

Sarawak, 14 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mejar Pahot Anak Joll telah melawat veteran ATM di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kapt (B) Mohd Roslan bin Mokhtar merupakan ex Kor Ordnans Diraja dan tinggal di Matang Apartment Villa, Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Beliau telah di masukkan ke HUS pada 27 Jul 19 dan menghidap penyakit kencing manis serta hampir lumpuh separuh badan (pinggang ke kaki) dan telah ditempatkan di Wad Lelaki, tkt 8, katil 11 HUS.