• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM dan Penolong Pengarah, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada 15 Jan 18.

Raub, 12 Jan 18 - Lawatan Kebajikan oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu dan penghantaran Peralatan Pesakit kepada balu Allahyarham Encik Abdul Aziz bin Akob, iaitu Puan Ratiah binti Yusof di Kampung Jenud Sega, Pahang yang kini terlantar akibat stroke.

Bantuan peralatan pesakit berupa katil hospital telah dibekalkan bagi keselesaan beliau dan pihak JHEV ATM juga akan menguruskan Bantuan Sara Hidup kepada beliau.

 

Sijil Penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bagi pengurusan kewangan berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) bagi tahun 2017

Lawatan kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris terhadap Veteran ATM yang terlantar sakit akibat strok dan buta iaitu Encik Mohammed Saad bin Suyot di Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir Setiausaha PVATM Cawangan Labuan Encik Nazri bin Panjang Abdullah.

 

 

Johor, 08 Jan 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri telah menghadiri Majlis Doa Selamat dirumah Veteran ATM, Encik Mohd Isa bin Mahran yang telah selesai dibaik pulih di Kampung Melayu Paloh, Sembrong.

Turut hadir Ketua Kampung, Ketua PDM Kampung Melayu (juga seorang veteran), Ketua PVATM Cawangan Kahang dan ahli-ahli veteran.

 

Kelantan, 08 Jan 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias ke atas Veteran ATM, Encik Fakri bin Abdul di Wad 8 P, Bilik Anggerik, HUSM Kubang Kerian. Veteran mengidap penyakit saraf di bahagian tulang belakang menyebabkan tidak boleh bangun. Pihak JHEV ATM telah menerangkan mengenai bantuan peralatan pesakit yang boleh di mohon dan menguruskan proses untuk membuat kad veteran.

Bintulu, 07 Jan 2018 - Lawatan kebajikan terhadap Encik Ranggau Ak Medin, Kor Armor Diraja yang menghidap kanser oleh Presiden PVTMS serta Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit bersama AJK biro Bintulu yang diketuai oleh Ketua AJK Biro Bintulu, Encik Abdul Rahim bin Abdullah. Beliau disahkan menghidap kanser sejak Mac 2017 dan kini tinggal di 104 Taman Li Hua, Bintulu