APAKAH ITU FAEDAH PERSARAAN                      


  1. Faedah persaraan adalah faedah-faedah yang dibayar oleh kerajaan kepada anggota ATM apabila berlaku perkara-perkara berikut :

    1. Menamatkan perkhidmatan atau bersara dari perkhidmatan.
    2. Mendapat Kecederaan yang diperkaitkan dengan tugas semasa di dalam perkhidmatan.
    3. Meninggal Dunia semasa di dalam perkhidmatan – dibayar kepada orang tanggungan.
  2. Pemberian faedah ini adalah berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap ( Pencen Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain ) 1982 dan PMAT yang berkaitan.

                     STATUS FAEDAH PERSARAAN                      

  1. Bukanlah satu hak mutlak.
  2. Tidak boleh diserah hak kecuali untuk menyelesaikan hutang kerajaan atau di atas perintah mahkamah (tuntutan nafkah).
  3. Boleh terhenti apabila anggota dihukum penjara.
  4. Boleh dikurangkan atau terhenti jika didapati menyembunyikan fakta.

                     UMUR PERSARAAN                      

  1. Umur persaraan paksa bagi pegawai Tauliah Tetap seperti berikut:
    1. Senarai Tugas Am/Khas.
    2. Bil Pangkat Lelaki Perempuan
      1 Kolonel dan ke atas setaraf 60 60
      2 Leftenan Kolonel setaraf 57 57
      3 Mejar setaraf 55 55
      4 Kapten setaraf 52 52
      5 Leftenan dan ke bawah setaraf 50 50

    3. Senarai Tugas Ikhtisas.
    4. Pangkat Lelaki Perempuan
      Semua Pangkat 60 60

    5. Meninggal Dunia semasa di dalam perkhidmatan – dibayar kepada orang tanggungan.
  2. Umur persaraan pilihan bagi pegawai Tauliah Tetap seperti berikut:
    1. Senarai Tugas Am/Khas.
    2. Bil Pangkat Lelaki Perempuan
      1 Kolonel dan ke atas setaraf 50 45
      2 Leftenan Kolonel setaraf 47 45
      3 Mejar setaraf 45 45
      4 Kapten dan ke bawah setaraf 40 40

    3. Senarai Tugas Ikhtisas.
    4. Pangkat Lelaki Perempuan
      Semua Pangkat 50 45

  3. Bagi pegawai TJP dan anggota LLP, tarikh bersara/ tamat perkhidmatan adalah berdasarkan kepada tarikh TTP masing-masing.