• Home
  • Frequently Asked Questions
Bantuan

Soalan Lazim

Soalan yang lazim yang sering ditanya mengikut topik. Sila hubungi kami jika anda masih mempunyai soalan yang disenaraikan di sini.


Umum

Siapakah yang dikategorikan sebagai Veteran ATM?

" Veteran" ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:

  • angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
  • angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
  • Force 136;
  • Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura ; dan
  • Sarawak Rangers
Berapakah jumlah Veteran ATM?

Jumlah mereka dianggarkan seramai 300,000 orang. Secara purata seramai 5,000 anggota tetap ATM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun.

JHEV mempunyai Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM Peringkat Kebangsaan dan di semua negeri. Apakah peranan Majlis tersebut?

Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM (MPHEV) di peringkat kebangsaan dan negeri merupakan platform bagi mengenalpasti permasalahan serta jalan penyelesaian yang sesuai untuk dijalankan oleh JHEV di peringkat kebangsaan dan negeri. Ini kerana, MPHEV dianggotai oleh badan-badan kerajaan dan juga pihak swasta.

MPHEV Kebangsaan dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan manakala MPHEV Negeri pula dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Negeri berkaitan.

Adakah sebarang keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Veteran ATM?Do you provide technical support?

Selain skim-skim bantuan oleh JHEV, Veteran ATM layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan, mengikut kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. Veteran ATM juga diberi diskaun tambang KTM (Intercity & ETS ) sebanyak 50%.

Bagaimana menjadi ahli Veteran ATM?

Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM. 

Adakah Veteran ATM boleh mendapatkan rawatan secara percuma di Institut Jantung Negara (IJN)?

Veteran ATM layak untuk mendapat rawatan percuma di IJN dengan syarat hendaklah terlebih dahulu diperiksa oleh mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan / rawatan lanjut.

Apakah perbezaan peranan antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan JHEV?

PERHEBAT berperanan sebagai pusat latihan dan kursus kepada bakal tentera dan Veteran ATM.

Manakala JHEV berperanan sebagai 'One Stop Agency' bagi urusan 

- Pembayaran Faedah Persaraan ATM

- Bantuan Kebajikan 

- Pembangunan Usahawan dan Sosisoekonomi

- Pendaftran Persatuan Veteran

- Kerjaya Kedua

Apakah yang dikatakan sebagai hospital / klinik Kerajaan?
Mana-mana hospital / klinik yang ditadbir oleh kerajaan termasuklah mana-mana hospital universiti dan lain-lain Yayasan Perubatan Persekutuan. (RSAT dan HAT adalah tergolong dalam definisi ini)
Bagaimana dengan Homeguard, Pasukan Pertahanan Negeri dan Wataniah di hujung minggu?

Kesemua mereka bukan Veteran ATM sebagaimana definisi yang ditetapkan. Bermakna JHEV tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangani permasalahan mereka.

Adakah JHEV mengiktiraf persatuan/pertubuhan/kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM?

JHEV mengiktiraf persatuan / pertubuhan / kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM selagi mana ianya berdaftar dengan JHEV berpandukan Akta Veteran 2012 .

Pencen

Bagaimana saya ingin mendapatkan Penyata Pencen tahun ini?

Penyata Pencen boleh didapatkan secara online pada halaman http://penyata.jhev.gov.my. Bermula 15 Januari 2019, pengguna perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen masing-masing

Perlukah saya menyertakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan semasa memohon untuk tuntutan bayaran balik perubatan?

Jika pertama kali memohon, Salinan Buku Rekod Perkhidmatan diperlukan bagi mengemaskini maklumat tuan/puan ke dalam sistem JHEV . Namun begitu permohonan tuan/puan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan jika tuan/puan adalah veteran berpencen.

Apakah kelayakan untuk menerima Faedah Perubatan daripada JHEV?

Veteran:

Warganegara Malaysia yang diketegorikan sebagai Veteran ATM (rujuk definisi veteran ATM)

Bekas Anggota ATM

  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

Bekas Anggota Bukan ATM

  • Pasukan Force 136
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
  • Sarawak Rangers

Tanggungan:

Veteran ATM

  • Diri sendiri
  • Isteri/Suami Isteri/suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatit di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran ATM.
  • Isteri/suami yang dikahwini selepas perkhidmatan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  • Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut;
  • Berumur di bawah 18 tahun
  • Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
  • Bagi yang kurang upaya :
  • Ketidakupayaan otak atau hilang upaya dari segi jasmani;
  • Ketidakupayaan itu kekal;
  • Tidak berupaya menanggung (menyara) dirinya sendiri; dan
  • ketidakupayaan hendaklah berlaku  sebelum mencapai umur 21 tahun.
  • ** Bagi anggota/pegawai yang dilantik sebelum 16.5.1986, syarat " ketidakupayaan anak mesti berlaku sebelum umur 21 tahun " adalah tidak terpakai, kecuali bagi kes kecelaruan mental sahaja.

Veteran bukan anggota ATM

  • Diri sendiri
  • Isteri/Suami
Apakah masalah yang sering dihadapi oleh anggota tentera selepas persaraan daripada perkhidmatan?

Antara masalah yang sering dihadapi oleh tentera selepas persaraan adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Kewangan
  • Penceraian
  • Pesara bankrup/ dipenjarakan
  • Perlantikan Wakil Diri yang sah
Bagaimanakah perkiraan bayaran Faedah Hilang Upaya kepada Veteran ATM?

Faedah Hilang Upaya hanya dibayar bagi kecederaan/ hilang upaya yang diperkaitkan dengan tugas semasa dalam perkhidmatan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Faedah Hilang Upaya

Jika Veteran ATM meninggal dunia, apakah faedah-faedah kematian yang akan diberikan kepada keluarga Veteran ATM?

Jika seseorang veteran meninggal dunia, ahli keluarga yang layak akan menerima Faedah Kematian daripada JHEV.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah pemberian Faedah Gantian Cuti Rehat kepada Veteraan ATM?

Faedah ini boleh diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai/anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM kecuali bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib.

Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yang telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).

Saya telah kehilangan Kad Bekas Tentera (KBT). Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda kehilangan Kad Veteran, sila ambil tindakan berikut:

  1. Buat laporan kehilangan di balai polis berhampiran.
  2. Isi borang permohonan Kad Veteran yang boleh diperolehi dari JHEV negeri yang berdekatan atau muat turun dari laman web JHEV atau klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan KV
  3. Sila majukan borang berkenaan bersama dengan;
    1. Laporan polis
    2. Salinan buku perkhidmatan
    3. Salinan kad pengenalan anda dan pasangan
    4. Salinan sijil nikah
    5. Sekeping gambar berukuran pasport

Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya ada kemusykilan/ pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.

Bantuan Kebajikan

Siapakah yang layak memohon?
  • Veteran ATM (Anggota tetap ATM, Tentera British, Force 136, Sarawak Rangers dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) (sekurang-kurangnya 1 tahun);
  • Balu kepada Veteran ATM;
  • Anak - anak yatim piatu Veteran ATM yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan.

Kecuali:

  • Mereka yang diberhentikan di atas kes tatatertib;
  • Isteri yang dikahwini selepas perkhidmatan termasuk tanggungan.
Adakah JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan IPTA/ Politeknik bagi anak veteran ATM yang belajar di IPTS?
JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan ke IPTA dan politeknik kerajaan sahaja.
Adakah skim bantuan peralatan pesakit mempunyai had pendapatan atau pengiraan Paras Garis Kemiskinan (PGK) seperti skim bantuan lain?

Skim Bantuan Peralatan Pesakit tidak terikat kepada mana-mana syarat skim lain dan layak untuk veteran berpencen dan tidak berpencen. Skim Bantuan ini adalah terbuka kepada semua veteran dan berdasarkan kepada pengesahan doktor mengenai keperluan peralatan tersebut.

Semua permohonan wajib disertakan dengan memo perubatan daripada doktor kerajaan bagi mengesahkan keperluan peralatan tersebut. Gambar keadaan pesakit boleh disertakan bagi menyokong keperluan peralatan terbabit.

Anak saya belajar sekolah rendah dan akan tamat persekolahan peringkat rendah pada tahun ini. Adakah saya perlu memohon bantuan persekolahan bagi peringkat sekolah menengah?

Ya. Bantuan Persekolahan mempunyai dua peringkat iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sekiranya anak telah tamat persekolahan peringkat rendah, anak yang sama perlu memohon semula bantuan diperingkat menengah.

Anak saya telah mendapat bantuan persekolahan. Bolehkah saya memohon bantuan persekolahan untuk anak saya yang lain?
Bantuan Persekolahan hanya diberikan kepada satu anak bagi satu keluarga sahaja.
Apakah jenis skim bantuan yang disediakan?

Terdapat 5 jenis Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan iaitu:

  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Persekolahan
  • Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Politeknik
  • Bantuan Peralatan Pesakit
  • Bantuan Bencana
Apakah syarat kelayakan asas bagi Skim Bantuan Sara Hidup?

Skim bantuan ini diberi khusus kepada:

  • Veteran / tanggungan yang dhaif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan Pendapatan garis Kemiskinan (PGK).
  • Berumur 60 tahun ke atas berdasarkan umur warga emas yang diamalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kecuali sakit yang menghalang pekerjaan seperti lumpuh dan cacat anggota fizikal/mental.
  • Balu
  • Anak yatim piatu yang berumur kurang dari 18 tahun atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan jika masih belajar.
Saya difahamkan had syiling bagi bantuan peralatan pesakit adalah RM 5000.00 seorang. Saya telah membuat pembelian peralatan berjumlah RM 5000.00, adakah saya akan dapat bayaran balik RM 5000.00 tersebut?
Had syiling bagi Skim Bantuan Peralatan Pesakit adalah sebanyak RM 5000.00. JHEV akan membuat bayaran balik sekiranya veteran telah membeli sendiri peralatan pesakit yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan beserta resit pembelian yang sah.
Saya telah memohon bantuan persekolahan bagi tahun 2010 pada bulan Mei. Tapi permohonan saya dikatakan akan dimasukkan bagi tahun 2011. Mengapa?
Permohonan Bantuan Persekolahan adalah dibuka pada awal tahun sehingga penghujung bulan Februari. Sekiranya permohonan sampai selepas tarikh tersebut maka permohonan akan disimpan untuk kemasukan bagi tahun berikutnya.
Saya telah memohon Bantuan Sara Hidup. Tapi saya tidak layak. Kenapa?
Skim Bantuan Sara Hidup adalah untuk veteran atau tanggungannya yang berpendapatan kurang dari Paras Garis Kemiskinan, cacat atau hilang upaya kekal atau di bawah kategori warga tua yang tiada pendapatan tetap.
Saya telah menerima cek bantuan pertama kali Bantuan Sara Hidup dari JHEV. Saya kurang faham apa tindakan saya selanjutnya.

Setelah menerima cek bantuan pertama kali dari JHEV, penerima perlu mengirimkan surat akuan penerimaan cek dan salinan buku akaun (BSN atau Affin sahaja) ke Cawangan JHEV Negeri yang terdekat atau dihantar terus ke Bahagian Kebajikan JHEV, Kuala Lumpur.

Ini bagi membolehkan pihak Kebajikan JHEV untuk mengemaskini maklumat penerima dalam senarai penerima kami. Melalui ini, bantuan akan dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun penerima.

Saya ingin memohon bantuan bencana bagi rumah saya yang mengalami banjir tempoh hari. Apakah cara-cara memohon bantuan tersebut?

Skim Bantuan Bencana merupakan bantuan berupa kewangan bagi membantu veteran atau balu sekiranya berlaku sesuatu bencana yang merosakkan struktur asal rumah hak milik veteran, isteri atau balu.

Bencana dikategorikan samada disebabkan oleh faktor alam seperti banjir, tanah runtuh, hujan ribut atau kebakaran. Laporan polis, pengesahan ketua kampung beserta laporan bomba (jika ada) perlu dikemukakan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Gambar kejadian boleh disertakan bagi menyokong kejadian terbabit.

Seterusnya isi borang permohonan Bantuan Bencana Alam dan kembalikan kepada pejabat JHEV yang berhampiran.

Borang tersebut boleh dimuat turun di sini.

Kerjaya

Selaku majikan, bagaimanakah proses untuk mendapatkan sumber tenaga kerja?

Para majikan yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dari kalangan Veteran ATM bolehlah menghubungi JHEV di alamat dan talian seperti di bawah:

Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi
Tingkat 2,
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-20508027 / 8028

Para majikan juga perlu menggariskan perkara-perkara berikut ketika menawarkan sebarang jenis jawatan kosong semasa berhubung dengan JHEV.

  1. Nama jawatan kosong.
  2. Jumlah kekosongan.
  3. Kelayakan atau syarat-syarat yang diperlukan.
  4. Gaji dan elaun-elaun yang diberi.
  5. Kemudahan-kemudahan lain seperti perlindungan insurans, pinjaman, penginapan, pengangkutan dan lain-lain
  6. Nama pegawai sumber manusia atau pengurus yang bertanggungjawab untuk dihubungi berserta no. telefon, no. faks dan alamat majikan yang lengkap.
  7. Kriteria-kriteria lain yang berkenaan sekiranya ada.
Bagaimanakah prosedur kerja Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS) di dalam usaha mendapatkan pekerjaan kepada Veteran ATM sebagai kerjaya kedua selepas mereka menamatkan perkhidmatan kelak?

BKS menerima pendaftaran permohonan pekerjaan daripada Veteran ATM. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.

  1. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
  2. Melakukan penyesuaian kerja berpandukan syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan/diperlukan oleh pihak majikan.
  3. Memajukan pencalonan Veteran ATM kepada majikan.
  4. tarikh temuduga kepada Veteran ATM
  5. Melakukan pemantauan berterusan terhadap Veteran ATM dan majikan.
Apakah usaha-usaha JHEV ATM dalam membantu para Veteran ATM untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam?
Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS) JHEV sentiasa berhubung dengan agensi-agensi kerajaan untuk berbincang mengenai peluang pekerjaan yang dapat diberikan kepada para Veteran ATM. Buat masa sekarang, JHEV telah menerima tawaran kosong untuk para Veteran daripada PDRM, RELA, dan juga JAKIM. Maklumat-maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan kosong ini boleh didapati di laman web JHEV.
Apakah bidang pekerjaan yang sering ditawarkan oleh majikan kepada JHEV?
Bidang pekerjaan yang seringkali diterima oleh JHEV daripada majikan ialah bidang keselamatan, pemandu dan elektronik. Manakala bidang pekerjaan lain adalah tertakluk kepada kekosongan di syarikat berkenaan.

Sosioekonomi

Adakah Veteran ATM dikenakan sebarang bayaran bagi mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT?
Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.
Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.

Veteran ATM yang berminat untuk memohon pembiayaan kursus perlu datang sendiri ke ibu pejabat JHEV (Bahagian Bimbingan Kerjaya) dan membawa dokumen lengkap berikut:

  1. Surat permohonan dari veteran bagi permohonan pembiayaan kursus tersebut.
  2. Surat tawaran beserta sebut harga (yuran kursus)
  3. Salinan Buku Perkhidmatan
  4. Salinan Kad Bekas Tentera
  5. Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Seterusnya permohonan akan diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah JHEV. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi di talian 03-20508027 / 8028

Bolehkah Veteran ATM mengikuti kursus jangka panjang (Kursus Latihan Peralihan) yang tidak ditawarkan dalam jadual kursus Post Peralihan?
Veteran ATM boleh memohon untuk mengikuti kursus jangka panjang tetapi akan dikenakan bayaran RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan PERHEBAT seperti penginapan dan sajian.Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan semasa membuat pendaftaran di PERHEBAT.
Adakah JHEV menyediakan lot-lot tanah pertanian?
JHEV tidak menyediakan lot-lot tanah pertanian,apa yang perlu JHEV lakukan ialah membuat tinjauan lot-lot tanah yang kosong di pejabat tanah berkenaan.Jabatan ini hanya mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan sahaja.
Adakah JHEV menyediakan peluang-peluang projek untuk kontraktor-kontraktor Veteran ATM?
JHEV tidak menyediakan peluang-peluang projek kontraktor-kontraktor Veteran ATM adalah dinasihatkan untuk meneliti iklan-iklan tanda di dalam akhbar-akhbar utama dan mengambil peluang menyertai tender tersebut.
Apa peranan JHEV dalam membangunkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan yang diusahakan oleh Veteran ATM?
Untuk membangunkan Veteran ATM yang terlibat dalam sektor berkenaan, JHEV menghubungkan pengusaha dengan jabatan berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Adakah JHEV menyediakan pinjaman perniagaan?

JHEV tidak menyediakan pinjaman perniagaan, walau bagaimanapun JHEV menyokong permohonan pinjaman perniagaan yang dibuat kepada institusi-institusi pemberi pinjaman. Untuk makluman bahawa JHEV menjadi Mentor kepada Skim Mikro Kredit BSN untuk pinjaman perniagaan tidak lebih RM 20,000.