Pilihan Warna : Blue theme Red theme Green theme


Print

Kemudahan Rawatan Haemodialisis

Posted in Yayasan Veteran ATM

 

  1. Yayasan melalui anak syarikatnya telah menubuhkan sebuah pusat dialisis di Seri Kembangan yang telah beroperasi pada 1 Januari 2006.

  2. Yayasan juga akan membuka sebuah lagi pusat dialisis di Sunway Batu Caves yang dijangka akan memulakan operasi pada bulan Januari 2009. Bagi pelan jangkamasa panjang, Yayasan berhasrat untuk membuka sebuah pusat dialisis di setiap negeri.

  3. Pusat-pusat ini menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis kepada Veteran ATM dan keluarganya. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM ialah;

  • Mesin dialisis yang moden dan terkini.

  • Pengangkutan pergi dan balik kepada pesakit (Selangor & WP Kuala Lumpur sahaja)

  • Makanan & minuman percuma. ¡ Program keagamaan & kaunseling.

  • Kakitangan yang berpengalaman.

  • Waktu rawatan yang fleksibel

 

Alamat pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM adalah seperti berikut :

Cawangan Seri Kembangan

No 17, Jalan Sungai Besi Indah 5/2 Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan Selangor Tel : 03-89453494

Cawangan Sunway Batu Caves

No 18G Jalan SM 4, Taman Sunway Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor