Rawatan Penyakit Buah Pinggang

Bantuan perbelanjaaan bagi mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang.


Adakah anda layak?

Bekas Anggota ATM

  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

Bekas Anggota Bukan ATM

  • Pasukan Force 136
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
  • Sarawak Rangers

Orang Tanggungan (Bekas Anggota ATM)

  • Isteri/Suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatat di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran (KV).
  • Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  • Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut:
    • Berumur di bawah 18 tahun
    • Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
    • Tiada had umur bagi anak yang cacat/dhaif/terencat akal (anak istimewa). Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) sebelum mencapai umur 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

Orang Tanggungan (Bekas Anggota Bukan ATM)

  • Isteri/Suami

Siapa Yang Tidak Layak

  • Pegawai dan anggota yang diberhentikan atas sebab disiplin/tatatertib, contoh:
    • Bekas Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberhentikan di bawah Peraturan 49(l) – ‘Penangguhan Perkhidmatan Tidak Diperlukan’ di bawah Army and Air Force (Terms of Service) Regulation, 1961.
    • Bekas Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibersarakan di bawah Peraturan 20(2)(f), (g) dan (h) kepada PPAT 1982 serta Seksyen 9 (Pembatalan Tauliah) kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
  • Bekas Anggota Pasukan Simpanan ATM yang tidak dikerah sepenuh masa.

Tentang Faedah

Bantuan perbelanjaaan bagi mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang (End Stage Renal Failure) seperti haemodialisis dan ubat, suntikan eprex/recormin serta alat pakai buang (disposables) bagi Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) boleh dipertimbangkan sekiranya:

  • Pakar Nefrologi hospital Kerajaan memperakukan keperluannya dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan/tentera.
  • Perbelanjaan untuk haemodialisis adalah berasaskan kos rawatan sebenar, terhad kepada maksima RM200 setiap rawatan dialisis (terhad kepada 3 kali rawatan seminggu). Ubat atau ujian yang diperoleh dari pusat rawatan swasta tidak boleh dipertimbangkan sekiranya ia boleh diperoleh daripada hospital kerajaan.
  • Perbelanjaan Arterio-Venous Fistula (AVF)/Internal Jugular Catheters (IJC).
  • Permohonan perbelanjaan pembedahan AVF/IJC di hospital swasta boleh dipertimbangkan sekiranya Pakar Nefrologi Kerajaan merujuk pesakit menjalani pembedahan AVF tertakluk kepada syarat berikut;
    • Kelewatan menunggu giliran pembedahan AVF/IJC yang keterlaluan di hospital kerajaan.
    • Pembedahan AVF/IJC pertama gagal.
    • Tiada Pakar Vascular di hospital kerajaan/tentera.
  • Pemberian Erythropoietin/ Recormon kepada pesakit boleh ditanggung oleh Kerajaan (terhad kepada 2 kali seminggu) sekiranya pesakit memerlukan Eprex/recormon melebihi had yang ditetapkan.
  • Perlu mendapat surat justifikasi dari Pakar Nefrologi

Bagaimana untuk memohon?

    [maklumat sedang dikemaskini]

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000


Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]