• Laman Utama
  • Anggota yang Sedang Berkhidmat
  • Apabila anda hilang upaya

Apabila anda hilang upaya

Ketahui proses dan faedah termasuk pencen dan ganjaran jika anda hilangupaya ketika berkhidmat.



Angkatan Tetap


Angkatan Tetap

Apakah itu Faedah Hilang Upaya

Faedah Hilangupaya adalah faedah yang dibayar kepada anggota tentera yang mendapat kecederaan kekal semasa di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • HU itu diperkaitkan dengan tugas.
  • HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
  • Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.
  • Faedah ini berasaskan kepada peratus HU yang ditentukan oleh LPS.

Anggota juga layak menerima faedah yang dibayar bawah Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan.

Taksiran darjah hilang upaya

semasa di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Pengesahan dan taksirang darjah hilang upaya adalah melalui Lembaga Penentuan Sebab (LPS) di Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK).
  • Sebarang permohonan baru atau semakan semula kelayakan oleh anggota tentera adalah melalui Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).
  • Bagi veteran permohonan semakan hendaklah melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
  • Taksiran darjah hilang upaya juga boleh di buat semakan semula jika keadaan kecederaan pesara semakin mudharat.

Hilang upaya 19% dan ke bawah

Jika darjah hilang upaya 19% dan ke bawah, anggota layak menerima faedah berikut:

Hilang upaya 20%

Jika darjah hilang upaya 20%, anggota layak menerima faedah berikut:

Hilang upaya 21% dan ke atas

Jika darjah hilang upaya 21% dan ke atas, anggota layak menerima faedah berikut:

Hilang upaya 100%

Jika darjah hilang upaya 100%, anggota layak menerima faedah berikut:


Kecederaan semasa bertugas sebelum Tahun 2001

Jika anda mengalami kecederaan semasa bertugas sebelum tahun 2001 anda layak menerima faedah berikut:


Hilang upaya tidak diperkaitkan dengan tugas

Anggota tidak layak menerima apa-apa faedah hilangupaya jika kecederaan yang dialami tidak berkaitan dengan tugas.