Selangor, 23 September 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM menghadiri Persidangan PVATM Selangor kali ke 66 yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YB Tuan Amirudin Bin Shari dan turut hadir Pengerusi PVATM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor.

 

 

Ipoh, 24 September 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman turut hadir ke Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Perak kali ke 31 bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak.

Kedah, 23 September 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed Bin Mohamed Akbar TUDM menghadiri Persidangan Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Kedah kali ke 38.

Majlis telah diadakan di Dewan Seri Mentaloon, kediaman rasmi YAB Menteri Besar Kedah dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Ismail Salleh, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang mewakili Menteri Besar Kedah.

 

 

Kelantan, 22 September 2018 – Timbalan Ketuan Pengarah JHEV ATM, Tuan Hj Abd Karim bin Hj Husain mewakili Ketua Pengarah JHEV ATM merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PVATM Negeri Kelantan kali ke 50 . Majlis telah diadakan di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem 8 Briged dan turut hadir Pengerusi PVATM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor.

 

 

 

 

Selangor, 19 September 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke rumah Mej (B) 191530 Rahman Dardak TUDM di Shah Alam. Veteran mengalami strok pada bulan Mac 2018 di bahagian kanan badan namun beliau mampu berjalan tanpa menggunakan sebarang bantuan tetapi sukar untuk bercakap.

Sungai Buloh, 18 September 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melawat veteran ATM, 451474 Encik Hassan Bin Mat Jana yang telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta tidak boleh berjalan.

Veteran telah diberikan penerangan mengenai bantuan yang boleh dimohon bagi meringankan beban yang ditanggung beliau.

#kebajikan

 

Port Dickson, 9 September 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri  Selangor & Kuala Lumpur, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid menghadiri Program Memperingati Tahun ke 73 Pendaratan 46 Indian Beach Group, Tentera India British di Pantai Morib.