• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kuching, 21 Nov 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal Bin Hassim menerima makluman mengenai kediaman veteran ATM, Encik Ismail bin Paiee yang beralamat di Lot 638, RPR Jalan Batu Kawa Kuching telah terlibat dalam kebakaran.

Kebakaran melibatkan lima buah rumah dimana salah seorang mangsa merupakan veteran ATM dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Sarawak, 20 Nov 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan Lawatan Siasatan Kebajikan ke atas veteran ATM, Bujang anak Dagok Ex Kor RRD. Setelah menerima laporan daripada rakan veteran tersebut, Pegawai JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah melawat dan mendapati beliau telah mengidap penyakit kanser darah. Keadaan semasa pergerakan veteran agak terbatas dan hanya mampu terbaring sahaja.

Sibu, 20 Nov 2018 - Lawatan Siasatan Bencana Alam oleh Sjn  Iswandy bin Saadi Staf JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak (Bahagian Sibu) ke atas veteran ATM, Richard anak Dagang Ex Kor RRD. Setelah menerima permohonan daripada  veteran tersebut, pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak di Sibu telah membuat lawatan ke atas kawasan rumah veteran yang mengalami kebakaran.

Segamat, 19 Nov 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Salman bin Shariff melakukan lawatan Sara Hidup ke rumah Encik Jumadi bin Ahmad di No 158, Jalan Suria 1, Taman Perumahan Chaah, Segamat dan Lawatan Kebajikan terhadap Encik Hashim bin Md. Noor di katil 706, Wad 7, Hospital Segamat Johor yang mengalami patah kaki, kompilasi buah pinggang, jantung lemah dan darah tinggi.

Sarawak, 19 Nov 18 Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit terhadap veteran PW1 Meseken anak Gindal Ex RRD bersama Mej Jen Dato Toh Choon Siang, Panglima 1 Divisyen.

Siasatan awal telah dibuat bersama Pegawai Perubatan 1 Divisyen dan mendapati veteran telah mengidap penyakit Brown Squard Syndrom (Masalah tulang belakang). Lanjutan daripada siasatan tersebut, doktor telah mengesyorkan agar bantuan peralatan pesakit seperti berikut:

17 Nov – Pusat Latihan Pasukan Khas Laut yang menjadi kebanggaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin. Majlis berkonsepkan 3 dalam 1 ini juga turut diserikan dengan Majlis Penutup Kursus Asas Komando PASKAL Siri 65/18 dan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 21 orang Veteran PASKAL.

Sarawak, 15 Nov 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit terhadap isteri veteran ATM, Encik Mohd Nadzir bin Abd Rahman.

 

Sarawak, 15 November 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal Bin Hassim melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit terhadap balu veteran ATM,  Puan Menti ak Seman isteri mendiang SSjn Howel ak Entri Ex RRD. Siasatan awal bersama Pegawai Perubatan 1 Divisyen telah dibuat sebelum ini  bagi mengenal pasti pemasalahan yang berlaku terhadap balu. Sehubungan dengan itu, Doktor yang merawat telah mengesyorkan bantuan peralatan pesakit seperti berikut: