• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM hadir ke Majlis Dialog JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang bersama Persatuan Veteran ATM Negeri Pahang DI Dewan PVATM Cawangan Paya Besar, Kuantan.

Majlis Dialog tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada PVATM Negeri Pahang, PVATM Cawangan-Cawangan daerah di dalam Negeri Pahang, PBTTBM, PVTLDM, PVTUDM dan juga KEBAL Cawangan Negeri Pahang. Majlis juga dihadiri oleh Presiden PVATM Negeri Pahang iaitu Kapt (B) Abdul Latif bin Mohd Nor.

Pahang, 21 Feb 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan melakukan Lawatan Kebajikan Bencana Alam terhadap veteran (1098132) Encik Zainul bin Saad di alamat No 33, Lorong IS 79, Taman Indera Sempurna, 25000 Kuantan.

Rumah beliau telah dijilat api pada pada 20 Feb 19, lebih kurang pukul 1.30 tengah hari disebabkan oleh litar pintas. Kebakaran telah menyebabkan rumah beliau mengalami kemusnahan sehingga 80% melibatkan kemusnahan perabot, peralatan elektrik dan pakaian sekeluarga.

Kuantan, 20 Feb 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM telah Menyampaikan Taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab JHEV ATM dalam Forum Khidmat Nasihat Persaraan Anggota ATM di Markas Wilayah 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Pahang.

Forum disertai oleh 120 pegawai dan anggota TLDM yang bakal bersara / menamatkan perkhidmatan yang bertugas di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.

Kuantan, 20 Feb 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan melakukan lawatan terhadap veteran ATM, Encik Rahim bin Khalid di Katil 20, Wad 5C, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Veteran telah menjalani pembedahan membuang usus pada 12 Feb 19 kerana masalah pencernaan dan sukar untuk buang air.

Beliau juga telah diberi penerangan berkenaan tatacara pengurusan kos perubatan beliau dan bantuan kebajikan yang boleh diperoleh daripada pihak JHEV ATM.

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) KEPADA VETERAN ATM

KUALA LUMPUR,16 Feb 2019 – Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada warga veteran ATM peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Perak, 16 Feb 19 -  Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin bin Othman hadir ke Program Majlis Perjumpaan dan Sesi Dialoq  Veteran Tidak Berpencen dan Veteran Berpencen  yang telah diadakan di Rumah Rehat Kampung Gajah. Seramai lebih kurang 150 veteran daripada pelbagai persatuan dan kelab telah hadir ke majlis tersebut. Turut hadir Pegawai Serantau Menteri Pertahananan, Tuan Zubir Mohammed.

 

 

Kuantan, 15 Feb 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Idzuan melakukan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup seperti berikut:

1. Vet (125384) Abu Bakar bin Moni di alamat No 51, Lorong 25, Taman Seri Inderapura, Pahang. Beliau mengalami penyakit Alzheimer yang membuatkan beliau sering hilang ingatan dan tinggal bersama isteri serta seorang anak OKU fizikal.

Kuantan, 14 Feb 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Idzuan mengadakan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap dua orang veteran ATM seperti berikut: