• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Sungai Besi, 8 Mei 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM menyerahkan Wheelchair kepada Veteran ATM, Encik Mohd Yusof bin Md Yatim di alamat PPR Raya Permai.

Kuantan, 4 Mei 2019 - Seramai 310 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk tiga daripadanya diwakili balu dan tiga lagi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) hari ini.

Kesemua mereka menerima anugerah ini daripada Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dalam satu majlis yang diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang.

 

Kuala Lumpur, 6 Mei 2019 - Mej Jen Dato' Dzulkarnain Bin Ahmad, Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan taklimat mengenai Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) berhubung dengan peranan, tugas dan tanggungjawab JHEV ATM kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baru, Datuk Seri Mohd Zuki Bin Ali.

Jitra, 5 Mei 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM telah hadir bagi penyerahan rumah yang telah siap dibina dalam masa 35 hari kepada Encik Abdul Razak bin Kassim( T 1070712) yang mana rumah beliau telah hangus terbakar pada 25 Februari 2019 di alamat Kg Raja, Mukim Jeram, Tunjang, Jitra, Kedah.

Sungai Petani, 2 Mei 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM  mewakili Ketua Pengarah JHEV ATM menyerahkan peralatan pesakit berupa katil hospital kepada veteran ATM iaitu encik Abdul Hakim bin Ghazal (T705751) di alamat F122, Kampung Baru Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah. Encik Abdul Halim telah mengalami lumpuh daripada kepala hingga kaki sejak 5 tahun yang lalu.

Selayang, 1 Mei 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM menghadiri Mesyuarat Agung kali ke 12 Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia, Negeri Selangor di Dewan Chef Halim, Selayang. Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri turut memberikan taklimat mengenai peranan dan skim bantuan yang disediakan.