• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Selangor, 13 Mac 18 - Penyerahan Kerusi Roda oleh Pegawai JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P kepada Veteran ATM (T702318), Encik Abd Rahman bin Mohd Abd Jabar di No.25, SG 1/18 Taman Sri Gombak.

Veteran mengidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi serta baru sahaja menjalani proses dialisis pada 08 Mac 2018. Keadaan semasa beliau kini adalah stabil.

 

Pahang, 12 Mac 18 - Lawatan Kebajikan dan Sara Hidup oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu bersama wakil PVATM Temerloh. Lawatan telah diadakan di sekitar Bera dan Temerloh ke atas Veteran ATM dan balu seperti berikut:

1. Khalthum @ Som bt Md Said - Balu (T 66301)

2. Abd Majid bin Abd Rani (T212033)

3. Jenab bt Mat Aris - Balu (T18107582)

4. Norbaini bt Ahmad - Balu (T650610)

5. Ramlah bt Arshad - Balu ( T735315)

Kuala Lumpur, 12 Mac 18 - Lawatan kebajikan terhadap beberapa Veteran ATM oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & K.l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid seperti berikut;
 

Lawatan Pertama.

1. Encik Zainuddin bin Mat Zain (T401789) di Tingkat 3, Wad 3RT-CD Hospital Kuala Lumpur. Beliau mengidap kanser darah dan keadaan semasa veteran adalah stabil.

Lawatan Kedua.

Kuala Lumpur, 11 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan telah menyampaikan taklimat ringkas kepada persatuan berkaitan peranan dan fungsi JHEV ATM sempena Mesyuarat Agung PERIM KL kali ke 7 di Hotel Grand Pacific.

Maran, 11 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menghadiri Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Maran kali ke 17 yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran.

Batu Kurau, 10 Mac 18 - Majlis Himpunan Veteran ATM dan Penyerahan Rumah Nation Blue Ocean Strategic 7 (NBOS) di Kampung Titi Karai, Perak.

Majlis telah disempurnakan oleh Dato Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sempena majlis tersebut juga, turut dibuka Kaunter Pemberian Cermin Mata Percuma kepada orang ramai

 

Alor Setar, 10 Mac 18 - Majlis penyerahan Rumah bina Baru tahun 2017 (NBOS) kepada Veteran ATM, Encik Azman bin Noordin dan lawatan prihatin terhadap Veteran ATM, Encik Mokhtar bin Hassan oleh Menteri Besar Kedah.

Bera, 10 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut menghadiri Mesyuarat Agung PVTTBM Cawangan Negeri Pahang.

Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Zoolishan, Ketua Pemuda UMNO Bera yang merupakan wakil kepada Ahli Parlimen Bera.