• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kuala Lumpur, 25 Jun 2019 – YB Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia telah menyampaikan beberapa skim bantuan kebajikan dan pendidikan kepada lapan (8) orang penerima bantuan kemasukan ke Universiti Awam, satu (1) orang penerima bantuan sara hidup dan enam (6) orang penerima bantuan peralatan pesakit kepada veteran ATM/balu semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan di Dewan Seroja, Kem Kementah.

Temerloh, 25 Jun 2019 - Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM terhadap beberapa orang veteran ATM dan balu seperti berikut;

Lawatan Sara Hidup

1. Encik Mustapha bin Yaacob (T1046461) yang tinggal di Kg Bacap, Paya Pulai.

2. Balu kepada Mohd Noor bin Abd Rahman (T213861) iaitu Puan Badariah binti Abd Rahman yang tinggal di  Jalan Paya Dekat, Kg Bintang.

3. Encik Shamsudin bin Ismail (T198793)  yang tinggal di Kg Lebai Seberang.

Kuala Lumpur, 26 Jun 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melakukan lawatan Kebajikan keatas PW 1 TNS (B) Salihudin bin hj Jantan di Institut Jantung Negara (IJN) setelah selesai melakukan pembedahan Bypass.

 

 

Kemaman, 26 Jun 2019 - Lawatan Siasatan oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan ke atas beberapa orang veteran ATM dan balu seperti berikut;

 

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

 

1. Puan Rugayah binti Harun, balu kepada Allahyarham Veteran (28535) Awang Mat Talib @ Khalid bin Senik di alamat I-8, Rumah Murah Kijal, 24100 Kemaman, Terengganu.

 

Kemaman, 25 Jun 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan melakukan Lawatan Siasatan Ke Atas Veteran ATM di Sekitar Kawasan Kemaman, Kerteh dan Kemasik, Terengganu seperti berikut;

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

1. Veteran (1014951) Che Abdullah bin Che Mat di alamat C333, Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru, 24000 Kemaman,  Terengganu.

LENGGONG, 25 Jun 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan elektrik berupa Kerusi Roda  Elektrik kepada Isteri veteran 6042223 Shamsul Azhari bin Yusof iaitu Puan Sharifah Radziah Bt Mat Piah yang berumur 56 tahun.  Beliau mengidap penyakit genetik urat saraf dan tulang mengecil serta bengkok (kaki dan tangan mengecil) dan tidak boleh berjalan semenjak berumur 2 tahun.

Kuching, 20 Jun 2019 - Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM melakukan lawatan kerja rasmi bertemu dengan veteran dan turut terlibat dalam beberapa program atau majlis yang dianjurkan seperti penyerahan peralatan pesakit berupa katil dan tilam kepada veteran, simbolik penyerahan rumah bantuan, penyerahan bantuan kepada veteran kurang upaya (VKU) di kawasan Sibu dan sesi dialog bersama dengan veteran serta hadir ke Majlis Perayaan Hari Gawai.

Batu Kurau, 22 Jun 19 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam Bin Abidin TLDM telah membuat lawatan terhadap beberapa orang veteran seperti berikut;

 Encik 1046432 Md Zahudi Bin Nasir yang diserang Stroke hampir 4 tahun. Beliau berusia 64 tahun dan bekas anggota 14 RAMD dan berpencen.

Encik 1013390  L/ Bdr  Mahadi Bin Zainon yang mengidap penyakit urat saraf dan keadaan rumah beliau yang daif.