• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Teluk Intan, 04 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi melakukan lawatan / ziarah terhadap veteran yang terlantar di Taman Intan Mas. Beliau mengidap masalah hati dan menjalani rawatan hemodialisis. Veteran merupakan bekas PW daripada Kor RAMD dan memerlukan bantuan peralatan pesakit.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri telah memproses permohonan peralatan pesakit dan penyerahan peralatan akan di buat dalam masa terdekat.

 

Ipoh, 04 Mac 18 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam bin Abidin TLDM turut hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Agung tahunan kali ke-20 PVATM Cawangan Bercham. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah.

Pahang, 03 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menghadiri Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Bentong kali ke 45 di Dewan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.

Kuching, 03 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit menghadiri Mesyuarat Tahunan PERIM di MJC Sarawak serta turut memberikan taklimat mengenai peranan JHEV ATM.

Sarawak, 03 Mac 18 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim menghadiri mesyuarat AGM PVATM Cawangan Saratok dan turut hadir YB Datuk Hj Abdul Wahab Abd Aziz, beliau merupakan Adun Kalaka.

Johor, 03 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri menghadiri jemputan ke Program Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein bersama warga Ladang KLK di Ladang Kekayaan Paloh.

Melaka, 02 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahan kerusi roda kepada Puan Aishah bt Harun, isteri kepada Veteran ATM, Encik Ibrahim bin A Samad di alamat lot 1079, km 12, Sungai Udang.

Johor, 01 Mac 18 – Sesi Sembang Santai serta penyampaian amanat yang turut dihadiri oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri dan ketua-ketua Cawangan serta AJK PVATM Sembrong oleh Dato' Firdaus di warung Kahang.

Selesai penyampaian amanat, mereka turut melawat empat (4) buah rumah Veteran ATM di sekitar kawasan tersebut.