• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kuantan, 09 April 2018 - Lawatan Kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM ke atas 1021294 veteran ATM,Encik Mohd Uzir bin Ahmad yang tinggal di alamat PT6222, Paya Empang, Jalan Kemaman, Sg Karang Darat.

Beliau mengalami 'minor stroke' dan darah tinggi serta pihak JHEV ATM telah menerangkan mengenai bantuan-bantuan yang boleh dimohon oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

#kebajikan

#perkasaperwira

 

Negeri Sembilan, 08 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim turut hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Paroi kali ke 15. Majlis telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin. Turut hadir Presiden PVATM, YB Sen Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor (B).

 

 

Perak, 08 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi hadir ke Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih NBOS 7 2017 di Parit Hj Taib, Bagan Serai. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah ahli Parlimen Bangan Serai, YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali dan Ketua UMNO Bagan Serai yang juga merupakan Adun Alor Pungsu, YB Dato Sham Bin Mat Sahat serta ahli PVATM Cawangan Bagan Serai.

Pahang, 08 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM hadir ke Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Raub kali ke 42 yang dirasmikan oleh YB Dato Hj Shahiruddin bin Ab Moin, Adun Dong, Raub.

Pahang, 08 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM

turut menghadiri Motivasi dan Pameran Usahawan Persatuan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB) Negeri Pahang yang dirasmikan majlis penutup di Dewan Perpaduan Maran oleh YB Dato Sri Dr Hj Ismail bin Hj Abdul Muttalib , Ahli Parlimen Maran.

 

Kuantan, 08 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Veteran India ATM (PERIM) Negeri Pahang kali ke 4. Mesyuarat telah diadakan di Pejabat MIC Taman Tas (Bt 8), Pahang.

Pahang, 08 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menghadiri Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Jengka kali ke 15 yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Hj Ismail bin Mohamed Said, Ahli Parlimen Kuala Krau.

Sarawak, 07 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit hadir ke Program Jalinan Mesra Veteran Armor Sarawak & Sri Kandi Bersama Penduduk Kampung Terbat Leban dan Terbat Mawang. Mjalis telah diadakan di Dewan KPG Terbat Leban.