• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kuala Lumpur, 28 Mac 2019 –  Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Malaysian Armed Forces Chinese Veterans Association (MACVA) dan menyerahkan Laporan Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan 2018. MACVA turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada JHEV ATM di atas bantuan yang telah diberikan kepada MACVA.

 

Sungai Petani, 27 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM mewakili KP JHEV ATM menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda khas kepada adik Siti Zulaikha iaitu anak kepada veteran ATM Encik Halim bin Arshad (1012956) di alamat Desa Kedah Bukit Tulang Jusoh, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah.

Adik Siti Zulaikha berumur 12 tahun dan merupakan kanak-kanak 'istimewa' ketika lahir dan tidak mampu bercakap serta bergerak sendiri.

JASIN, 21 MAC 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said membuat lawatan kebajikan dan penyerahan katil pesakit kepada Veteran ATM 807702 Encik Mohd Hata bin Abu di kediamannya di Jasin Height, Melaka.

Selangor, 21 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke atas Kdr (B) Solahudin bin Adam di Bandar Baru, Selayang. Beliau mengalami masalah buah pinggang dan masalah penglihatan.

 

 

Sarawak, 19 Mac 2018 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Ak Serit bersama 120 orang veteran ATM turut serta hadir ke Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Panglima 1Divisyen bertempat di Padang Kawad Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. Pihak JHEV ATM Cawangan Sarawak merakamkan ucapan terima kasih kepada semua veteran hadir dan  selamat maju jaya kepada Mantan Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Toh Choon Siang.

 

 

Selangor, 20 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit kepada dua (2) orang veteran ATM seperti berikut:
 

KUANTAN, 20 MAC 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Ridzuan membuat lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit kepada Veteran ATM 1151727 Ahmed Ikhraam bin Napiah di kediamannya di Lot 1474-C, Kg Pahang, Jalan Sungai Soi, 25150 Kuantan, Pahang. Beliau yang mengalami penyakit degenerative cerebellar yang membuatkan tidak lagi mampu untuk bergerak dengan normal dan beliau telah diklasifikasikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Fizikal - Kronik.

Pahang, 19 Mac 2019 - Lawatan Kebajikan ke atas dua (2) orang veteran ATM oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM seperti berikut:

Veteran (101398) Encik Mat Yusof bin Mat Noh di alamat No 16, Lorong Permatang Badak Baru 2, Taman Permatang Badak Baru, 25150 Kuantan. Beliau mengalami sakit radang paru-paru dan sakit tua menyebabkan terlantar di rumah.