• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Subang Jaya, 23 Mac 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & K.l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Kept (B) Dahalan@Dahlan bin Karim TLDM di No 70, Jalan Putra Permai 10/1Q, Seksyen 10 Putra Height.

Veteran mengidap penyakit Alzheimer dan telah terlantar sakit, bedridden sejak 3 minggu yang lalu namun keadaan semasa beliau adalah stabil.

Setiu, 22 Mac 2018 - Taklimat dan Temuduga Nelayan Laut Dalam Veteran ATM Peringkat Negeri Kelantan/Terengganu oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias dan Pegawai daripada JHEV ATM HQ telah diadakan di Sutra Beach Resort, Merang.

Kehadiran seramai 8 veteran, turut hadir Pegawai daripada Jabatan Perikanan dan wakil dari Persatuan Nelayan Kebangsaan.

 

Sabah, 21 Mac 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan ajk kelab sukan veteran di pejabat JHEV ATM Sabah bagi membincangkan mengenai cara-cara pendaftaran kelab di bawah JHEV ATM. Turut hadir pengerusi PERHEBAT Sabah sebagai penasihat.

Ekspresi Prihatin Veteran ATM 2018 peringkat Negeri Kedah telah berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani. Pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah turut diadakan. Objektif program bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama Veteran ATM dan masyarakat.

Pahang, 19 Mac 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut hadir ke Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Pekan di Sekolah Keb Seri Biram.

Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Pulau Manis, Pekan YB Dato Khairuddin bin Hj Mahmud.

 

Kuantan, 19 Mac 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu melawat Veteran ATM, 1075209 Encik Bahri bin Bazid yang mengalami pembuluh darah pecah akibat darah tinggi yang kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Pasir Puteh, 18 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu & Kelantan, Mej Muhd Aman Shah bin Alias turut hadir ke Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Selising di Dewan SMK Bukit Jawa, Selising, Kelantan

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Sabah, 17 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris turut hadir ke Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Papar yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah, Timbalan Menteri Kerja Raya.