• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Mentakab, 28 April 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM telah menghadiri jemputan ke program Promosi ATM khas untuk masyarakat kaum India anjuran Persatuan PERIM Negeri Pahang di bawah tajaan 'Malaysia Indian Transformasi Unit (MITRA)’ dan ATM. Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Mohammed Ismail bin Mohd Ibrahim, Ahli Kehormat PERIM Negeri Pahang, juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Olahraga Negeri Pahang. Majlis telah diadakan di Dewan SMK Seni Semantan.

Batu Gajah, 27 April 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam Bin Abidin TLDM telah hadir ke mesyuarat Agong Persatuan Veteran Kor Risik Negeri Perak yang telah diadakan di Kem Changkat, Batu Gajah, Perak. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri turut memberikan penerangan mengenai skim-skim bantuan yang disediakan.

Kuala Terengganu, 26 April 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Muhd Aman Shah Bin Alias turut hadir ke Mesyuarat AJK PVTTB Kuala Terengganu di Marina Duyong. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk menerangkan mengenai skimbantuan yang disediakan dan permasalahan yang dihadapi oleh persatuan

Kuala Lumpur, 23 April 2019 – Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad dan Pegawai serta Staf dari Ibu Pejabat JHEV ATM telah mengadakan lawatan ke Astro Awani di Exchange Square Annexe, Bukit Kewangan. Kedatangan JHEV telah disambut oleh Encik Shamir Hameed selaku Assistant Vice & President Marketing & Business Development.

Temerloh, 21 Apr 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM bersama dengan Ketua PVATM Cawangan Temerloh telah melawat serta menyerahkan kerusi roda kepada Veteran ATM Encik Rahman bin Zaubin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Beliau telah menjalani pembedahan membuang daging di bahagian peha akibat penyakit Kencing Manis.

Paya Besar, 21 Apr 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM serta staf kaunter bergerak telah menghadiri Mesyuarat Tahunan kali ke 18 bagi PVATM Cawangan Paya Besar, Pahang yang telah dirasmikan oleh En Abdul Raffar (Veteran X Armor), SU sulit kepada Menteri Luar Negeri.

PROGRAM JIWA MURNI OLEH TLDM DARI PANGKALAN TANJUNG GELANG KEPADA VETERAN TLDM DI TAMAN BALOK PERDANA

 

KUANTAN, 22 Apr 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapten Aliff Nadzri bin Ridzuan telah menghadiri satu majlis di Taman Balok Perdana, Kuantan yang diadakan bagi merasmikan program Jiwa Murni yang dilaksanakan oleh pegawai dan anggota TLDM dari Pangkalan Tanjung Gelang.

 

KUANTAN, 18 Apr 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapten Aliff Nadzri bin Ridzuan telah menghadiri satu majlis di Kampung Kurnia, Kuantan yang diadakan bagi program Jiwa Murni yang dilaksanakan oleh pegawai dan anggota TLDM dari Pangkalan Tanjung Gelang.