• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Jengka, 9 Jan 19 - Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan di sekitar Jengka, Pahang. Antara veteran yang telah ditemui beliau adalah seperti berikut;

1. Vet (1119994) Zainol Abidin bin Zakaria di alamat K 31, Felda Ulu Jempol, Bandar Tun Razak, Jengka.

2. Vet (302194) Zulkipli bin Abd Aziz di alamat No 139, Lorong TJI 5, Taman Jengka Impian, Bandar Tun Razak, Jengka.

Kuala Lumpur, 8 Jan 19 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato, Dzulkarnain Bin Ahmad telah menerima kunjungan hormat daripada Veteran ATM, Encik Khamaruzaman Bin Mohd Yusof yang berumur 59 tahun. Beliau telah berkhidmat dalam TUDM selama 13 tahun dan merupakan seorang orang kurang upaya kerana mengalami masalah kaki dan tangan kanannya.

Pahang, 8 Jan 19 - Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan di sekitar Termerloh dan Bera. Antara veteran yang telah ditemui adalah seperti berikut;

 

1. Vet (452562) Salim Ahmad bin Muhammad di alamat No 65, Kg Batu Papan, Bera.

 

2. Vet (106115) Mat Nawi bin Che Soh di alamat No 71, Kg Batu Papan, Bera.

 

Kuala Lumpur, 3 Jan 2019 - Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong telah mengadakan lawatan kerja di Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), pada hari ini.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memahami pengurusan JHEV yang menjaga kesejahteraan veteran, selain mengumpul maklum balas tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh JHEV, serta mendengar cadangan-cadangan penambahbaikkan terhadap perkhidmatan.

Kuala Lumpur, 11 Dis 2018 - Majlis Perjumpaan Bulanan Ketua Pengarah JHEV ATM yang baharu iaitu Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad Bersama Warga JHEV ATM telah diadakan di Menara TH Perdana. Perjumpaan bulanan ini merupakan pertama kali diadakan bersama Ketua Pengarah JHEV ATM yang baru. Turut diadakan upacara penyampaian cenderahati KAJEV dan KSSKA kepada pegawai yang bertukar keluar, bersara, sumbangan masuk hospital, sumbangan bersalin dan sumbangan khairat kematian. 

Kuala Lumpur, 5 Disember 2018 - Majlis pemakaian pangkat LKpl Zahirah binti Zakaria yang telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah JHEV ATM di pejabat beliau pada hari ini.

PORT DICKSON, 3 Dis 18 - Penyerahan Kerusi Roda oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kapt Mohamad Firdaus bin Maslan kepada PW I (B) Ahmad Fauzi bin Mansor.

Beliau telah menjalani pembedahan tulang belakang yang mengakibatkan beliau kini tidak dapat berjalan seperti biasa dan memerlukan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan.