• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Selangor, 27 Feb 18 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & K.l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid ke atas Veteran ATM, Encik Abd Rahman bin Abd Jabbar (B) di Wad 4 Katil No 21, HAT Mizan, diiringi bersama YBhg Brig Jen Ahmad Bin Abd Rahman - AKS Tadbir, Pemangku Pengarah Perkhidmatan dan PS 2 Kebajikan TUDM.

Veteran dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan keadaan semasa beliau kini adalah stabil dan baik.

 

Sabah, 27 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris turut hadir ke majlis perasmian kampus satelit PERHEBAT di UMS oleh ketua menteri sabah dan turut membuka kaunter bergerak JHEV ATM.

Sarawak, 25 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit menghadiri  Jemputan  PVATM  Cawangan  Mambong dalam  Upacara  Pembukaan  Rasmi Pusat  Khidmat  oleh YB  Dr  Jerip . Pihak  JHEV ATM turut membuka  kaunter dan menyampaikan taklimat mengenai peranan JHEV ATM serta menyerah dua (2)  Kunci  Rumah  NBOS  & Kad  Veteran kepada veteran yang terpilih..

Kuantan, 25 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menghadiri dan merasmikan Mesyuarat PVATM Cawangan Kuantan kali ke 44.

Perak, 25 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-24  PVATM Cawangan Batu Kurau yang telah dirasmikan oleh ADUN Batu Kurau, Dato' Aminuddin.

Sabah, 25 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris menghadiri Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Beaufort dan Sesi Dialog bersama veteran ATM. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Datuk Kamarlin dan turut dihadiri oleh YDP PVATM Sabah.

Shah Alam, 23 Feb 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM, Encik Md Bahar bin Abd Hamid di alamat No 46, Jalan SP U6/8, Desa Subang Permai, Selangor pada 231015H Feb 2018.

Veteran mengidap strok saraf sejak Nov 2017 dan keadaan semasa beliau adalah baik. Pihak JHEV ATM telah memberi penerangan berkaitan bantuan yang disediakan kepada beliau dan isteri.

 

Masai, 23 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut menghadiri Projek Promosi ATM anjuran PERIM Cawangan Johor di SJK(T) Johor.