• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kg Sri Tambak, Sembrong, 09 Mac 2018 - Program tahlil dan sesi dialog YBhg Dato' Ketua Pengarah JHEV ATM bersama AJK Persatuan Veteran ATM di Rumah Puan Siti Zaharah binti Mohamad. Turut hadir Pegawai Pej Menhan Dato Pirdaus, Lt Kol Yusri dan En. Hafiz. Turut diadakan lawatan kebajikan dan penyerahan kerusi roda kepada veteran seperti berikut;

1) Encik Marlizam bin Ramli.

2) Encik Mat Aril bin Ahmad

3) Penyerahan kerusi roda kepada isteri PWII, Encik Mohd Jalil bin Abu Amin.

 

Kota Bharu, 09 Mac 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias dan penyampaian kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Merel Bin Harun di rumahnya beralamat Lot 310 , Kampung Pauh Badang , Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Veteran mengidap penyakit buah pinggang yang kronik hingga menyukarkan beliau untuk bergerak.

Sabah, 08 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris melakukan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap veteran ATM di daerah Keningau dan Tambunan seperti berikut:

1. Mainin @ Kamidin bin Sirat di Kg. Sondoton Baru.

2. Mohd Ghazali bin Ladi di Kg. Sondoton Baru.

3. Karim bin Antong di Kg. Tuarid Taud.

4. Balu Bairin @ Irene Yunggi di Kg. Lintuhun..

5. Balu Mina @ Siti Aminah Antagau di Kg. Binaong.

6. Balu Rufina Gangkagu di Kg. Sunsuron.

Sabah, 07 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris melakukan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap Veteran ATM di daerah Tenom dan Kemabong seperti berikut:

1. Gabut bin Dimpat di Kg. Pamilaan.

2. Francis L Sigat di Kg. Amboi.

3. Bangkilat bin Kibo di Kg. Kuala Tomani.

4. Sani bin Salutan di Kg. Subiang Ulu.

Turut hadir Ketua Cawangan PVATM Tenom, Encik Awang Damit bin Aspar dan Setiausaha PVATM Kemabong, En. Lokiam Gambir.

 

Pahang, 04 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut menghadiri Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Lipis.

Perak, 04 Mac 18 - Kauntar bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri sempena Program Tautan Mesra 2.0 oleh Kelab Veteran Komando Cawangan Perak di DUN Belanja Parit.

Teluk Intan, 04 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi melakukan lawatan / ziarah terhadap veteran yang terlantar di Taman Intan Mas. Beliau mengidap masalah hati dan menjalani rawatan hemodialisis. Veteran merupakan bekas PW daripada Kor RAMD dan memerlukan bantuan peralatan pesakit.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri telah memproses permohonan peralatan pesakit dan penyerahan peralatan akan di buat dalam masa terdekat.

 

Ipoh, 04 Mac 18 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam bin Abidin TLDM turut hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Agung tahunan kali ke-20 PVATM Cawangan Bercham. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah.