• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Angkasapuri, 25 Jan 19 – Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad dan pegawai telah melakukan lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM). Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama yang baik antara pihak RTM dengan JHEV ATM. Kedatangan Ketua Pengarah JHEV ATM telah disambut oleh Encik Lokman Muda selaku Timbalan Pengarah Seksyen Saluran TV dan pegawai. Pihak JHEV ATM telah dibawa melawat Pusat Operasi RTM bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana RTM beroperasi.

Terengganu, 24 Jan 19 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Lt Muhamad Faris Bin Pakri melakukan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup di sekitar Negeri Terengganu pada 21 hingga 24 Jan 19. Antara veteran yang ditemui adalah seperti berikut:

 

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

1. Ramli bin Hamid

2. Arwah Hanan@Ramli bin Ahmad

3. Harun bin Ali

4. Alias bin Mohamad@Abd majid

5. Arwah Mat Guani bin Abdullah

6. Husin bin Yusuf

Pahang, 23 Januari 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM melakukan Lawatan Penyerahan Bantuan Peralatan Pesakit ke atas dua orang veteran ATM di sekitar kawasan Temerloh dan Bera seperti berikut:

1. Veteran ATM (1092087) Encik Subhan bin Long di Katil 15, Wad 8A, Hospital Temerloh. Veteran menghidapi penyakit Kanser Usus dan menerima peralatan seperti berikut:

a. Katil (akan dihantar ke rumah oleh pembekal).

b. Ripple Mattress.

c. Kerusi roda.

Maran, 22 Jan 19 - Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM terhadap veteran di sekitar Maran dan antara veteran yang ditemui adalah seperti berikut:

1. Vet (154023) Mohamed Alias bin Daud di alamat 3239, Rumah PPRT, Jalan Jerantut - Maran, Kg Kuala Sentul, Maran.

2. Vet (86481) Md Yusoh bin Md Idris di alamat No 99, Taman Sri Keramat, Maran.

3. Vet (85491) Zahari bin Abd Razak di alamat 159A, Kg Senggora, Maran.

Taiping, 22 Jan 19 (Selasa) - Lawatan Kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman ke atas beberapa orang veteran di sekitar Kemunting seperti berikut:
 

Jerantut, 21 Jan 19 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan melakukan lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap beberapa org veteran ATM seperti berikut:

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

1. Vet (126021) Salamen bin Suradi di KM 50, Kampung Sempadan Batu Balai, Jerantut.

2. Vet (118190320) Abdul Mubin bin Imam Dahaman di alamat KM 6, Kampung Temin, Jerantut.

Sabah, 17 Jan 2018 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong hadir ke Majlis Bicara Veteran ATM Negeri Sabah bersama seramai 130 orang veteran ATM daripada pelbagai persatuan dan kelab. Program Bicara ini memberi peluang kepada veteran ATM untuk menyuarakan pandangan dan mengajukan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Pertahanan secara terus.

Kota Kinabalu, 17 Jan 2018 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad melakukan lawatan ke JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah bagi melihat sendiri urusan harian yang dilaksanakan di JHEV ATM cawangan tersebut . Kehadiran Ketua Pengarah JHEV ATM telah di sambut oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah,
Mej Mohd Kamarul Helmi bin Mohamad Esa dan pegawai.