• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Johor, 01 Mac 18 – Sesi Sembang Santai serta penyampaian amanat yang turut dihadiri oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri dan ketua-ketua Cawangan serta AJK PVATM Sembrong oleh Dato' Firdaus di warung Kahang.

Selesai penyampaian amanat, mereka turut melawat empat (4) buah rumah Veteran ATM di sekitar kawasan tersebut.

Melaka, 02 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahan kerusi roda kepada Puan Aishah bt Harun, isteri kepada Veteran ATM, Encik Ibrahim bin A Samad di alamat lot 1079, km 12, Sungai Udang.

Negeri Sembilan, 01 Mar 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan kerusi roda kepada isteri Veteran ATM, Encik Ismail bin Idun iaitu Pn Bayah bt Ahmad yang mengalami sakit saraf kaki di alamat no. 501 felda palong 2, Gemas.

Sarawak, 01 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit turut hadir ke Sambutan HUT TD ke 85 yang turut dihadiri oleh Veteran ATM daripada pelbagai persatuan di Sarawak.

Negeri Sembilan, 01 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Norizan bin Nordin KPD di alamat no. 344 Jln TB 2/5 taman Bahau, Bahau. Beliau mengalami sakit kanser prostat sehingga menyebabkan kaki beliau sukar untuk bergerak.

 

Kuala Terengganu, 01 Mac 18 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah hadir ke Majlis Perasmian Pejabat Urusan PVATM Cawangan Kuala Nerus, Terengganu dan Koperasi Veteran Tentera Kuala Nerus Berhad (KVTKNB).  Turut hadir YAB Menteri Besar Terengganu, Panglima 8 Briged dan Pegawai Daerah Kuala Nerus serta Veteran ATM daripada PVATM Negeri Terengganu melebihi 300 orang.

 

Selangor, 27 Feb 18 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & K.l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid ke atas Veteran ATM, Encik Abd Rahman bin Abd Jabbar (B) di Wad 4 Katil No 21, HAT Mizan, diiringi bersama YBhg Brig Jen Ahmad Bin Abd Rahman - AKS Tadbir, Pemangku Pengarah Perkhidmatan dan PS 2 Kebajikan TUDM.

Veteran dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan keadaan semasa beliau kini adalah stabil dan baik.

 

Sabah, 27 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris turut hadir ke majlis perasmian kampus satelit PERHEBAT di UMS oleh ketua menteri sabah dan turut membuka kaunter bergerak JHEV ATM.