• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kubang Pasu, 10 Feb 2018 - Sekitar Program lawatan kebajikan Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Dato' Sri Mohd Johari Bin Baharum terhadap Veteran ATM yang sakit dan uzur sekitar kedah.

Kuala Lumpur, 09 Feb 2018 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM, Mej (B) Mohd Roselan bin Yahaya TUDM di Kediaman beliau di alamat Blok C160 -3E, PPR Sri Kelantan , Jalan Sentul Pasar.

Bangi, 06 Feb 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Vetetan ATM, Encik Md Yaakob bin Yusof di Lot 2623/D, Jalan Rahmat Satu, Kampung Teras Jernang.

Beliau mengidap penyakit jantung dan telah menjalani pembedahan jantung pada 23 Jan 2018. Keadaan semasa beliau kini stabil dan pihak JHEV ATM telah memberi penerangan berkaitan bantuan yang boleh diberikan.

 

 

Tumpat, 06 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias lawatan siasatan kejadian bencana alam di rumah Veteran ATM, Encik Mamat bin Ali yang berusia 64 tahun di Kampung Pulau Tongkang, Kelantan.

Rumah beliau mengalami kerosakan besar bahagian bumbung dan perabung rumah akibat ribut. Pada masa sekarang beliau hidup sebatang kara dan masih tinggal di rumah tersebut dengan memasang kanopi plastik bagi mengelak hujan.

Sarawak, 05 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melawat Veteran ATM, Encik Mat Said@Said bin Moh di Hosp Umum, Kuching. Veteran berpencen  berstatus OKU dan mengalami  kudung kaki disebabkan terkena jerangkap samar semasa berkhidmat. Veteran kini dalam keadaan nazak kerana berperang melawan penyakit kanser darah tahap 4. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah memberikan khidmat nasihat yang sewajarnya bagi mambantu meringankan beban veteran.

Banting, 5 Feb 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM,  Bintara Kanan, Encik Mat Azif Bin Dolah Karison di alamat Lorong Belimbing, Kampung Endah, Selangor. Veteran mengalami serangan jantung hingga menyebabkan beliau lumpuh terlantar hingga tidak boleh bangun dan berjalan.

Shah Alam, 03 Feb 18 - Kaunter Kad Bekas Tentera (KBT) JHEV ATM turut diadakan sempena Majlis  Silaturahim Veteran 21 RAMD (Asal) di kediaman Tan Sri Abd Halim, No 21, Jalan Firus 7/7, Seksyen 7.

Terengganu, 03 Feb 18 - Perkhidmatan Kaunter Bergerak JHEV ATM  Cawangan Kelantan & Terengganu sempena Karnival Tentera Bersama Rakyat di Padang Kampung Telaga Daing.