• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kuala Lumpur, 11 Nov 2017 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah turut hadir ke Program Sukarelawan iM4U PUSPANITA Kementerian Pertahanan yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi dan isteri YBhg Datin Sri Zahrah binti Che Hussain bertempat di Laman Bestari, SMK Desa Tun Hussein Onn.
 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris hadir ke Acara Sehari Bersama Veteran yang telah dilaksanakan melibatkan 50 orang Ketua-ketua Cawangan PVATM dan AJK PVATM Negeri Sabah.

Acara ini bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas kepada veteran tentang kemudahan perubatan dan kesihatan yang disediakan oleh pihak Hospital Angkatan Tentera Kota Kinabalu.

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Selangor & Kuala Lumpur, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid menyampaikan taklimat mengenai Peranan dan Tanggungjawab JHEV ATM sempena Hari Terbuka PVATM Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat PVATM Wilayah Persekutuan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 110945H Nov 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan BSH di Bentong, Pahang pada 8 November 2017. Lawatan adalah seperti berikut;

1. Vet Sharudin bin Mahamod ( No.24, kampung lengkong 28600 Karak Pahang).

2. Balu Aazijah binti Sidek (Veteran Allahyarham Hassan bin Kadri)
No.56, Kampung Lengkong 28600 Karak Pahang.

3. Balu Hirnawati binti Mohamad Salim (Veteran Allahyarham Abdullah bin Mohamed Salleh) No.439, Taman Hijau 28600 Karak Pahang.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Jamaludin bin Mat Taib.

Pegawai JHEV ATM Cawangan Selangor & Kuala Lumpur melakukan Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Anan a/l Jayaraman di Aras 2, Wad 5 Katil No. 16 Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 081500H November 2017.

Beliau telah dimasukan ke hospital HKL pada 20 Oktober 2017 kerana mengalami jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kaki kanan dipotong. Veteran juga turut mengidap penyakit lemah jantung.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris melakukan lawatan dan penyampaian peralatan perubatan berupa katil dan tilam angin kepada Veteran ATM, Encik Ajis bin Sipaji di kampung Tinosa, Sandakan.

Turut hadir adalah Ketua Cawangan PVATM Sandakan, Encik Naim bin Abdullah.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan BSH di Raub, Pahang pada 9 November 2017. Lawatan adalah seperti berikut;

1. Vet Wan Mohamed bin Wan Ahmad. No.363, Kampung Melayu Cheroh 27620 Raub Pahang.

2. Vet Shamsudin bin Bidin. Kampung Tersang, Batu Malim 27610 Raub Pahang.

3. Balu Zainon binti Salleh (Veteran Allahyarham Zainuddin bin Junid). Kampung Ria Sematan 27600 Raub Pahang.