• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Maran, 11 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menghadiri Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Maran kali ke 17 yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran.

Batalion Ke-5 RAMD, Kluang, 10 Mac 2018 - Kaunter Kad Veteran ATM sempena Majlis Mengimbau Kenangan Persatuan 13 RAMD.

Batu Kurau, 10 Mac 18 - Majlis Himpunan Veteran ATM dan Penyerahan Rumah Nation Blue Ocean Strategic 7 (NBOS) di Kampung Titi Karai, Perak.

Majlis telah disempurnakan oleh Dato Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sempena majlis tersebut juga, turut dibuka Kaunter Pemberian Cermin Mata Percuma kepada orang ramai

 

Alor Setar, 10 Mac 18 - Majlis penyerahan Rumah bina Baru tahun 2017 (NBOS) kepada Veteran ATM, Encik Azman bin Noordin dan lawatan prihatin terhadap Veteran ATM, Encik Mokhtar bin Hassan oleh Menteri Besar Kedah.

Bera, 10 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut menghadiri Mesyuarat Agung PVTTBM Cawangan Negeri Pahang.

Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Zoolishan, Ketua Pemuda UMNO Bera yang merupakan wakil kepada Ahli Parlimen Bera.

 

9 Mac 2018 – Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim telah menyempurnakan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM sekitar negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Auditorium Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pihak JHEV ATM diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Tuan Haji Abd Karim bin Hj Husain dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim.

Kg Sri Tambak, Sembrong, 09 Mac 2018 - Program tahlil dan sesi dialog YBhg Dato' Ketua Pengarah JHEV ATM bersama AJK Persatuan Veteran ATM di Rumah Puan Siti Zaharah binti Mohamad. Turut hadir Pegawai Pej Menhan Dato Pirdaus, Lt Kol Yusri dan En. Hafiz. Turut diadakan lawatan kebajikan dan penyerahan kerusi roda kepada veteran seperti berikut;

1) Encik Marlizam bin Ramli.

2) Encik Mat Aril bin Ahmad

3) Penyerahan kerusi roda kepada isteri PWII, Encik Mohd Jalil bin Abu Amin.

 

Kota Bharu, 09 Mac 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias dan penyampaian kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Merel Bin Harun di rumahnya beralamat Lot 310 , Kampung Pauh Badang , Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Veteran mengidap penyakit buah pinggang yang kronik hingga menyukarkan beliau untuk bergerak.