• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteteran ATM, Encik Mohamad Azmi bin Hj. Rasali di Wad ICU tingkat 5C Katil No 8 Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 041630H Nov 2017.

Beliau telah selesai menjalani pembedahan tulang tengkuk C4 & C5 akibat kemalangan yang dialami pada 16 oktober 17 yang lalu. Keadaan semasa veteran adalah stabil dan berada dalam keadaan sedar.

Lawatan siasatan kebajikan BSH telah dilakukan oleh pegawai daripada JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor dan W.P Kuala Lumpur terhadap beberapa orang Veteran ATM pada 28 Nov 17. Antara veteran yang dilawat adalah seperti berikut:

1. Encik Zakaria bin Shaari di No 4-4-4 Menara Cenderawasih Jalan Ulu klang, 54000 Kuala Lumpur.

2. Puan Raimah bt Mokhry ( Balu ) kepada Gemulah Vet Ahmad bin Jumin (73031) di No 6 Jalan Mutiara 4/9, Taman Selayang Mutiara,68100 Batu Caves, Selangor.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi, turut hadir ke Majlis makan malam sempena Hari Ulang tahun PVATM Cawangan Rungkup, Bagan Datuk ke 17. Majlis telah diadakan di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Datuk pada 28 November 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi melawat rumah bina baru NBOS ketiga dan terakhir bagi tahun 2017 di Parlimen Bagan Datuk, Perak yang masih dalam proses pembinaan pada 28 November 2017. Proses pembinaa rumah telah selesai 75.45% dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 Disember 2017.

Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor dan W.P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan menghadiri Majlis Jasamu Dikenang di KD Sri Gombak pada 30 November 2017.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman HJ Ahmad Badaruddin. Turut dibuka Kaunter Bergerak JHEV ATM sempena Majlis tersebut.

 

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Naudin bin Bujang di Aras 5, Wad 5B, Katil No. 6, Hospital Ampang pada 301511H Nov 2017.

Veteran dimasukan ke Hspital Ampang pada 27 Nov 2017 kerana mengalami masalah kesukaran bernafas disebabkan saluran jantung yang sempit. Beliau turut mengidap masalah batu dalam hempedu.

Kota Bharu, 28 November 2017 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah diadakan di Hotel Renaissance Kelantan melibatkan seramai 167 orang penerima termasuk 10 orang balu. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan pada 28 November 2017.

Sarawak, 24 November 2017 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim dan staff bersama Walikota (Pegawai Daerah) Limbang, Encik Sofian Bin Mahat dan PVATM Limbang telah membuat lawatan kebajikan ke atas veteran di kawasan limbang dan turut serta dalam program penyerahkan sumbangan berupa makanan dan alat pendengaran kepada Encik Manis Ak Lang di Kampung Pelita,Limbang.