• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Tumpat, 06 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias lawatan siasatan kejadian bencana alam di rumah Veteran ATM, Encik Mamat bin Ali yang berusia 64 tahun di Kampung Pulau Tongkang, Kelantan.

Rumah beliau mengalami kerosakan besar bahagian bumbung dan perabung rumah akibat ribut. Pada masa sekarang beliau hidup sebatang kara dan masih tinggal di rumah tersebut dengan memasang kanopi plastik bagi mengelak hujan.

Sarawak, 05 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melawat Veteran ATM, Encik Mat Said@Said bin Moh di Hosp Umum, Kuching. Veteran berpencen  berstatus OKU dan mengalami  kudung kaki disebabkan terkena jerangkap samar semasa berkhidmat. Veteran kini dalam keadaan nazak kerana berperang melawan penyakit kanser darah tahap 4. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah memberikan khidmat nasihat yang sewajarnya bagi mambantu meringankan beban veteran.

Banting, 5 Feb 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM,  Bintara Kanan, Encik Mat Azif Bin Dolah Karison di alamat Lorong Belimbing, Kampung Endah, Selangor. Veteran mengalami serangan jantung hingga menyebabkan beliau lumpuh terlantar hingga tidak boleh bangun dan berjalan.

Terengganu, 03 Feb 18 - Perkhidmatan Kaunter Bergerak JHEV ATM  Cawangan Kelantan & Terengganu sempena Karnival Tentera Bersama Rakyat di Padang Kampung Telaga Daing.

Shah Alam, 03 Feb 18 - Kaunter Kad Bekas Tentera (KBT) JHEV ATM turut diadakan sempena Majlis  Silaturahim Veteran 21 RAMD (Asal) di kediaman Tan Sri Abd Halim, No 21, Jalan Firus 7/7, Seksyen 7.

Selangor, 02 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan melakukan Penyerahan Rumah Bina Baru (1MVHRP) kepada Pn. Siti Zabidah binti Mohamad Muzam, balu kepada gemulah Vet Kapt (B) Che Omar bin Abu Bakar Di Lot 2742, Batu 30, Kampung Semarang, Jalan Dengkil.

Selangor, 01 Feb 18 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri  Selangor & K. l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid ke atas YBhg Dato' Ali Karwi TUDM, mantan AKS Tadbir di Hospital PPUM, tingkat 12, katil 40 kerana menghidap batuk dan sesak nafas. Beliau kini dalam keadaan stabil dan lawatan turut disertai oleh Kol Ahmad bin Yusof TUDM, Pengarah Perkhidmatan & Mej Siti Fadhilah TUDM PS2 Kebajikan.

Kelantan, 01 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias menerima kunjungan YDP dan AJK Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Cawangan Kelantan ke Pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri bagi mengetahui maklumat mengenai skim bantuan kebajikan yang disediakan oleh pihak JHEV ATM serta merancang aktiviti bersama.