• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias, hadir ke Majlis Makan Malam dan Hari Keluarga Kelab Veteran ATM Rejimen Semboyan Diraja Negeri Kelantan di Raja Dagang Resort, Cherang Ruku Pasir Puteh Kelantan pada 20 Oktober 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit turut menghadiri Majlis Adun Bersama PVATM Sempena Penyerahan Cek Dan Sumbangan VKU PVATM Cawangan Sri Aman yang disempurnakan oleh YB Datuk Mong Dagang pada 21 Oktober 2017 di RH Sumping, Ran Ulu Batu, Sri Aman, Sarawak.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri hadir je Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2017 Peringkat Negeri Johor di Dewan Serbaguna Taman Putra, Kulai, Johor pada 22 Oktober 2017. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias, menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Ibrahim bin Yaacob yang berusia 73 tahun di rumah beliau di Lot 600, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan Lawatan Kebajikan ke atas bekas Tentera British, Encik Syed Abdullah bin Syed Omar di alamat No. D1/112 57, Jalan Tasek, 26800 Rompin. Beliau dalam keadaan uzur kerana sakit tua.

Pada 10 Oktober 2017 yang lepas, Bahagian Sumber Manusia Tentera Udara DiRaja Malaysia, telah mengadakan Forum Khidmat Nasihat Persaraan Anggota ATM di Pangkalan Udara Labuan. Pihak JHEV ATM Negeri Sabah telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai peranan JHEV ATM kepada kesemua bakal pesara yang terdiri daripada pegawai dan anggota TUDM.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Kapt Sahrizal Adzhar bin Mohd Tahir TUDM.

Pada 12 Oktober 2017 yang lepas, Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah, Kapt Sahrizal Adzhar bin Mohd Tahir TUDM bersama-sama dengan wakil daripada PVATM Cawangan Labuan telah membuat penyerahan bantuan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada veteran ATM Bakar bin Kahir.

Penyerahan tersebut telah dibuat di rumah veteran yang berada di Kampung Pantai, WP Labuan. Veteran tersebut telah mengalami penyakit kencing manis yang mengakibatkan beliau tidak dapat untuk berdiri lama.

Pada 12 Oktober 2017 yang lepas, Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah bersama dengan wakil PVATM Cawangan Labuan telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, En Mohammed Saad bin Soyot. Veteran tersebut telah menghidap penyakit yang mengakibatkan mata beliau menjadi buta. Veteran tersebut hanya mampu terlantar di atas katil dan tidak mampu untuk bergerak. Pada masa yang sama, isteri beliau juga menghidap penyakit darah tinggi dan mengakibatkan beliau terlantar di atas katil.