• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Jamaludin bin Mat Taib.

Pegawai JHEV ATM Cawangan Selangor & Kuala Lumpur melakukan Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Anan a/l Jayaraman di Aras 2, Wad 5 Katil No. 16 Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 081500H November 2017.

Beliau telah dimasukan ke hospital HKL pada 20 Oktober 2017 kerana mengalami jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kaki kanan dipotong. Veteran juga turut mengidap penyakit lemah jantung.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris melakukan lawatan dan penyampaian peralatan perubatan berupa katil dan tilam angin kepada Veteran ATM, Encik Ajis bin Sipaji di kampung Tinosa, Sandakan.

Turut hadir adalah Ketua Cawangan PVATM Sandakan, Encik Naim bin Abdullah.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan BSH di Raub, Pahang pada 9 November 2017. Lawatan adalah seperti berikut;

1. Vet Wan Mohamed bin Wan Ahmad. No.363, Kampung Melayu Cheroh 27620 Raub Pahang.

2. Vet Shamsudin bin Bidin. Kampung Tersang, Batu Malim 27610 Raub Pahang.

3. Balu Zainon binti Salleh (Veteran Allahyarham Zainuddin bin Junid). Kampung Ria Sematan 27600 Raub Pahang.

Sarawak, 09 November 2017 - Seramai 30 orang Ajk/Biro PVTMS telah hadir ke dewan DUN untuk menyaksikan mesyuarat kedua bagi penggal kedua DUN Sarawak kali ke 18

KDYTM Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah berkenan mengadakan lawatan ke atas rumah Veteran ATM, Encik Ibrahim bin Hassan yang rumahnya terbakar pada 29 Oktober 2017 di Kampung Tok Machang, Ulu Gali, Raub, Pahang pada 09 November 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Rosli bin Rahim di Aras 5, Wad Orthopodik, Katil No 12 Hospital Tuanku Mizan (HAT Mizan) pada 101530H Nov 2017.

Perak, 4 November 2017 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi Veteran ATM dun Hulu Kinta dan Dun Manjoi telah disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Rjaa Mohamed Noor di Hotel Tower Regency, Ipoh.