• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Tanah Merah, 28 Dis 17 - Lawatan Kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias dan penyerahan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Mohd Ali bin Mat Amin yang umur 65 tahun di di alamat Lot 213, Taman Pelangi, Kelantan.

Beliau telah dikesan mengidap penyakit kanser paru-paru pada 8 bulan yang lepas dan mengalami masalah penglihatan.

Hadir sama Pemangku YDP Kelab Veteran Kor Polis Tentera Negeri Kelantan (VKOPT) serta AJK.

 

Johor, 27 Dec 17 - Lawatan Kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Muhammad Fazdli bin Jafri, terhadap Veteran ATM, Encik Manga bin Elias di Pusat Dialisis Darul Syifa Bukit Gambir Tangkak.

Pihak JHEV ATM Johor dengan bantuan PVATM Cawangan Muar akan membantu veteran dalam urusan mendapatkan bantuan sara hidup bagi meringankan beban beliau.

Batu Pahat, 26 Dis 2017 - Lawatan Kebajikan oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Muhammad Fazdli bin Jafri ke rumah Kapt (B) Encik Baharim bin Abd Rahim di No. 66 Jalan Kelapa Bali, Taman Soga, Johor.

Veteran hanya terlantar kernana mengalami keuzuran dan penyakit jantung. Pihak JHEV ATM dengan bantuan PVATM cawangan Batu Pahat akan membantu beliau dalam urusan mendapatkan bantuan sara hidup dan peralatan pesakit bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

Kota Bharu, 26 Dis 2017 - Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu & Kelantan, Mej Muhd Aman Shah bin Alias ke rumah Veteran ATM, Encik Abdullah bin Ali di alamat PT 945, Kampung Anak Sungai, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Veteran berpencen JPA (kakitangan mahkamah Kota Bharu) dan telah dipotong kaki kanan akibat penyakit kencing manis pada Julai 17. Beliau mempunyai seorang anak OKU perempuan berusia 22 tahun yang mendapat bantuan dari JKM.

Sungai Petani, 23 Disember 2017 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan kepada 256 orang Veteran ATM dan Balu Veteran ATM.

Penyampaian Sumbangan Peralatan Pesakit berupa Katil dan Kerusi Roda kepada Veteran ATM yang lumpuh akibat stroke telah disampaikan oleh Panglima Briged Ke 6 Infantri, YBhg Brig Jen Abd Aziz Hj Ismail, turut sama YB Dun Jeneri, Sik Kedah dan Pegawai daripada JHEV ATM.

Kota Bharu, 21 Disember 2017 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias mengadakan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Rusli bin Ibrahim di Kampung Panchor, Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah mengidap penyakit kanser usus tahap 4 selama 6 bulan.

Pihak JHEV Negeri telah memberikan penerangan serta borang bantuan peralatan pesakit kepada isteri veteran untuk diambil tindakan selanjutnya.

 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut menghadiri Program JEJAK PAHLAWAN di Dewan PVATM Sg. Koyan, Felda Sg Koyan 3, Pahang pada 16hb Dis 2017.
Program telah dirasmikan oleh YB Senator Laksamana Tan Sri Dato' Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), Presiden Persatuan Veteran ATM

Turut mengiringi Presiden PVATM bagi menyerahkan peralatan sokongan pesakit serta melawat Veteran ATM yang terlantar sakit seperti berikut: