• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Amran bin Keling pada 22 November 2017. Kerusi roda diperlukan oleh anak beliau yang merupakan seorang OKU iaitu adik Auni Damia binti Amran.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris menyerahkan peralatan pesakit berupa tilam dan kerusi roda kepada isteri Veteran ATM, Encik Kinsin @ Basil bin Undahal di Kampung Daar, Tambunan pada 22 November 2017.

Turut serta adalah Ketua Cawangan PVATM Tambunan, Encik Marcus Yatala.

 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan

melakukan lawatan kebajikan ke atas Mej (b) Pritam Singh Ball @ Pritam Singh (200121) di No 17, Jalan Selama 1, Taman Rainbow Batu 4, Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur pada 231730H Nov 2017.

Menurut puan Gina (isteri veteran). Veteran 'bedridden' (terlantar atas katil) berikutan komplikasi penyakit barah hidung tahap 3 yang dikesan pada awal bulan Feb 2017 dan juga masalah 'progressive muscle atrophy' .

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu & Kelantan, Mej Muhd Aman Shah bin Alias menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda & katil serta tilam kepada ahli kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM). Turut serta presiden KVKM, Encik Sani Osman, YDP PVTTB & YDP KVKM Cawangan Kelantan. Antara veteran yang menerima sumbangan adalah seperti berikut;

Penyerahan Bantuan Peralatan Pesakit (kerusi roda, katil pesakit dan tilam) oleh Kapt Mohd Faizal bin Jamil, Timbalan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu bersama-sama AJK PVTTB Negeri Terengganu kepada Pn. Kamariah binti Ismail, balu Veteran ATM (Arwah Abdul Ghani b. Chik) di Kg Gong Pasir, Dungun, Terengganu pada 18 November 2017.

Majlis Penganugerahan Pingat jasa Malaysia (PJM) telah diadakan pada 17 November 2017 bertempat di Pasir Salak Eco Resort, Perak. Seramai 121 penerima terdiri daripada Veteran ATM dan balu veteran telah dianugerahkan PJM yang disempurnakan oleh YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim telah merasmikan Kursus Tanaman Hidroponik Veteran ATM Peringkat Negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada 13 Nov 17 hingga 14 Nov 17 di Hotel Kobemas, Ayer Keroh, Melaka.

Seramai 35 orang peserta telah menyertai kursus Tanaman Hidroponik ini.

 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan BSH dan penyerahan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM di Pekan dan Kuala Rompin pada 14 November 2017.

Peralatan pesakit dan BSH telah diberikan kepada Encik Abd Mubin bin Muhamad Yunus di No. 438, Lorong Intan 6, Peramu Jaya 3, Pekan, Pahang.