• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias, hadir ke Majlis Makan Malam dan Hari Keluarga Kelab Veteran ATM Rejimen Semboyan Diraja Negeri Kelantan di Raja Dagang Resort, Cherang Ruku Pasir Puteh Kelantan pada 20 Oktober 2017.

Pada 10 Oktober 2017 yang lepas, Bahagian Sumber Manusia Tentera Udara DiRaja Malaysia, telah mengadakan Forum Khidmat Nasihat Persaraan Anggota ATM di Pangkalan Udara Labuan. Pihak JHEV ATM Negeri Sabah telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai peranan JHEV ATM kepada kesemua bakal pesara yang terdiri daripada pegawai dan anggota TUDM.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Kapt Sahrizal Adzhar bin Mohd Tahir TUDM.

Pada 12 Oktober 2017 yang lepas, Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah, Kapt Sahrizal Adzhar bin Mohd Tahir TUDM bersama-sama dengan wakil daripada PVATM Cawangan Labuan telah membuat penyerahan bantuan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada veteran ATM Bakar bin Kahir.

Penyerahan tersebut telah dibuat di rumah veteran yang berada di Kampung Pantai, WP Labuan. Veteran tersebut telah mengalami penyakit kencing manis yang mengakibatkan beliau tidak dapat untuk berdiri lama.

Pada 12 Oktober 2017 yang lepas, Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah bersama dengan wakil PVATM Cawangan Labuan telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, En Mohammed Saad bin Soyot. Veteran tersebut telah menghidap penyakit yang mengakibatkan mata beliau menjadi buta. Veteran tersebut hanya mampu terlantar di atas katil dan tidak mampu untuk bergerak. Pada masa yang sama, isteri beliau juga menghidap penyakit darah tinggi dan mengakibatkan beliau terlantar di atas katil. 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan Jejak Veteran di Pos Betau, Cameron Highlands diiringi oleh veteran Encik Nasir Abdullah pada 14 Oktober 2017. Beliau telah berjumpa dengan Tok Batin Mat Slalu yang juga merupakan seorang veteran.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri mengadakan lawatan melihat proses pembinaan rumah Veteran ATM, Encik Abdullah bin Mad Yusof di Felda Ulu Dengar, Sembrong pada 12 Oktober 2017 .

Beliau merupakan salah seorang peserta bagi Program Perumahan NBOS. Turut hadir Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi & NBOS JHEV ATM, Encik Mohd Najib bin Dawod dan setiausaha Umno Sembrong & PVATM Sembrong.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan