• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Mohd Saleh bin Wan di Durian Tunggal Melaka pada 12 Oktober 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM, Encik Ismail bin Ahmad di Kampung Paya The, Jerantut, Pahang pada 12 Oktober 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM beserta Bendahari PVATM Cawangan Lipis, Hj Yassin telah melawat Veteran ATM, Encik Abdullah bin Mamat yang beralamat di Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang.

Beliau telah terkena stroke setahun yang lalu dan hanya bergantung hidup dengan meminum susu. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi menyerahkan satu daripada 3 unit rumah baru NBOS yang telah siap sepenuhnya beralamat di Kampung Batu Masjid, Tapah, Perak pada 13 Oktober 2017 sambil disaksikan oleh pemiliknya yang merupakan balu kepada veteran.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi melawat veteran yang uzur iaitu Encik Shamsuri bin Ahmad di No 175, kampung Sungai Galah, Tanjung Tualang, Perak yang terlantar akibat masalah hati dan usus pada 13 Oktober 2017.

Program Dialog Tranformasi Nasional 2050 Pertahanan (TN50D) Veteran ATM bersama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur pada 9 dan 10 Oktober 2017. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi dan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri mengadakan Lawatan kerja projek Program NBOS BP  yang telah siap di rumah Veteran ATM, Encik Wan Ali bin Wan Chik  di Kampung Sri Timor, Sembrong pagi tadi. Turut hadir wakil khas En Zainudin Naib Pemuda Umno Sembrong & rombongan.

 
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melawat Veteran ATM, Encik Azhar bin Abdullah Sani yang ditimpa musibah rumah terbakar di No 354 Blok 9, Felda Jengka 11, Bandar Jengka, Pahang.