• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Melaka, 22 April 2018 - Majlis Jejak Veteran & Penyampaian Sumbangan "One Off" serta Baucar BBN Negeri Melaka di Dewan Dato' Demang Hussin, JAPERUN DUN Bukit Katil.

Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Ali Rustam dan turut hadir Presiden PVATM Malaysia, YB Senator Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor (B) . Turut disampaikan di dalam majlis tersebut adalah baucer BBN kepada veteran ATM Melaka.

Johor, 21 April 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri menghadiri Majlis Perhimpunan Veteran ATM Cawangan PVATM Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Sri Lalang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato Hj Shamsolbari, Dun Semarang.

 

Kuala Lumpur, 19 April 2018 - Lawatan kebajikan Pegawai daripada JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur ke atas veteran ATM,  T1068465 Encik Bahrin bin Yunus di blok 62-6-9 PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju.

Veteran tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di katil akibat serangan strok namun keadaan semasa veteran adalah stabil. Anak veteran juga telah diberi penerangan berkaitan bantuan yang boleh diuruskan oleh JHEV ATM bagi meringankan beban veteran sekeluarga.

 

Melaka, 19 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim mengiringi lawatan kebajikan AKS Tadbir TUDM ke rumah veteran ATM, Encik 711411 Md Salleh bin Md Jim TUDM  di Km 31 Jalan Melaka -Muar.

Beliau telah menyewa di kediamannya semenjak bersara pada tahun 2003 dan pihak JHEV ATM telah membantu beliau untuk menerima bantuan rumah NBOS bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

Terengganu, 18 April 2018 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Kapt Mohd Faizal bin Jamil ke atas veteran ATM, Encik Noruddin bin Ismail di Lot 8937 Kampung Atap, Batu Rakit. Kini beliau tinggal di PT 28793, Taman Desa Solehah, Padang Air Kuala Nerus (rumah anak).

Johor Bharu, 16 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan dan Tabung Pahlawan untuk Veteran Kelainan Upaya (VKU), Balu Veteran OKU (BVOKU) dan Anak-Anak Veteran OKU (AVOKU) yang disampaikan oleh Presiden PVATM, YB Senator Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Noor (B). Majlis telah diadakan di MFC Bandar Baru Uda, Johor.

Turut diadakan penyampaian cek BBN oleh JHEV ATM Cawangan Negeri kepada 10 orang veteran.

 

Kuching, 17 April 2018 - Majlis Twilight Dedication Service sempena Lawatan Rombongan Veteran Australian Anzac ke Makam Pahlawan di Taman Budaya, Sarawak.

Bentong, 14 April 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut hadir ke Program Fiesta NBOS di Sekolah Menengah Agama, Mempaga 1, Pahang yang akan dirasmikan oleh YB Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan dan juga Ahli Parlimen Bentong.