• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Majlis Perasmian Rumah Terbuka Gawai/Raya Anjuran Persatuan Veteran ATM Cawangan Mambong, Sarawak yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Dr James Dawos Mamit pada 15 Julai 2017.

MAJLIS DIALOG BERSAMA JHEV ATM DAN PERHEBAT

Anjuran bersama Persatuan Veteran ATM Cawangan Temengor dan JHEV ATM serta PERHEBAT pada 17 Julai 2017 (Isnin) di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik, Perak.

KUBANG PASU, KEDAH 16 Julai 2017 -

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 oleh Dato' Sri Mohd Johari Bin Haji Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Lt Kol Azmizar bin Karim mengadakan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM Encik Mohammad Shaffei bin Abu Bakar (RAMD) di Taman Seri Rembau, Negeri Sembilan pada 12 Jul 17. Veteran sakit terlantar akibat stroke dan juga menghidap kencing manis. Isteri beliau telah meninggal dunia dan mempunyai seorang anak yang berkhidmat dalam tentera di Sarawak. Penerangan serta khidmat nasihat telah disampaikan kepada waris beliau berkenaan bantuan kebajikan yang boleh diberikan.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit kepada penerima skim bantuan kebajikan. Seramai 3 orang penerima telah menerima peralatan pesakit berupa kerusi roda iaitu Isteri Kapt (B) Zainol bin Hashim di Lukut, Encik Au Moi di Rantau dan Hj Ariffin bin Sihee di Seri Menanti. Semoga dengan pemberian kerusi roda ini dapat meringankan beban yang ditanggung.

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Terengganu dan Kelantan, Kapt Mohd Faizal bin Jamil mengadakan lawatan kebajikan dan penyerahan bantuan kerusi roda serta walking frame kepada veteran Encik Musa bin Ismail di Taman Dato Adnan, Kemaman pada 130900H Jul 2017. Turut serta ahli Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Terengganu (PVTTB). Veteran telah dipotong kaki akibat kencing manis dan veteran turut memohon bantuan berupa kaki palsu.

KUALA LUMPUR, 12 Jul 2017 - Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM turut mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum membicarakan Kempen Tabung Pahlawan 2017 di program Selamat Pagi Malaysia, RTM 1

DEMI PERWIRAKU SEKECIL MANAPUN BESAR PENGERTIANNYA