• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim turut hadir ke Majlis Makan Malam sempena kempen Tabung Hari Pahlawan Negeri Melaka pada 04 November 2017 yang dianjurkan oleh PVATM Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Seri Hj Abdul Ghaffar bin Atan, Pengerusi Kempen Rayuan Tabung Pahlawan Negeri Melaka mewakili Datuk Seri Utama Ir Hj Idris bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menyampaikan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada PW 2 (B), Encik Mohd Noor bin Sulaiman, di Hospital Melaka pada 06 November 2017.

Sjn Rizal bin Abdul Rahim mewakili JHEV ATM Cawangan Negeri Perak menyampaikan peralatan pesakit berupa katil pesakit kepada Veteran ATM, Encik Amat Sanudi bin Abdullah di Kampung Sungai Dulang Dalam, Bagan Datuk, Perak pada 31 Oktober 2017. Beliau mengidap strok dan merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Semoga dengan bantuan katil ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu  & Kelantan, Mej Muhd Aman Shah bin Alias mengadakan lawatan kebajikan bagi menyerahkan bantuan peralatan pesakit berupa kerusi roda elektrik kepada adik Muhammad Amir Mustakim yang berumur 15 tahun yang beralamat di Lot  301 Kampung Chekeli Dewan Beta, Kota Bharu Kelantan pada 30 oktober 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit menyerahkan peralatan pesakit berupa katil pesakit kepada Veteran ATM, Encik Markos  Ak Abai  di  Serian, Sarawak . Turut  bersama  dalam majlis penyerahan peralatan pesakit adalah Kol   (B) Ratnam.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut hadir dalam Majlis Kenduri Kesyukuran di rumah Veteran ATM, Encik Abdullah bin Mad Yusof  di Felda Ulu Dengar pada 31 Oktober 2017. Kenduri Kesyukuran diadakan sempena Pogram NBOS ke atas Rumah Bina Barunya sudah siap 90% di Sembrong, Johor .

Turut hadir  umno cawangan Ulu Dengar, Tn Hj Abd Manap bin Abd Jalil, Pengurus Felda Tn Hj Abd Wahab bin Sarman, Ketua Kampung Tn hj Ali bin Jahu dan ahli-ahli Veteran ATM Cawang Kahang, Sembrong.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan kebajikan bagi menyerahkan peralatan pesakit kepada veteran-veteran berikut;
 

1. Menyampaikan 'Tongkat Kaki 4' kepada Veteran ATM, Encik Mohd Rozaimi bin Ramli yang beralamat di

No.55 Felda Kemboja Jengka 4, 26500 Maran, Pahang. (Angin Ahmar)

Majlis Penyampaian Sumbangan Veteran Kurang Upaya (VKU) Cawangan Balai Ringin yang disempurnakan oleh YBHG. Mej Jen Datuk Stephen Mundaw pada 31 Oktober 2017 di Dewan Depo JKR, Balai Ringin, Sarawak.