• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Sesi penerangan Bantuan Bakti Negara (BBN) oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Rusnizam kepada Ketua-ketua Cawangan Persatuan PVATM di setiap daerah yang turut dihadiri oleh Timb YDP PVATM Pahang, Lt Kol Junaidi.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri melawat veteran Encik Mohd Noah bin Ibrahim yang mengalami sakit jantung pada 24 Julai 2017. Beliau dalam keadaan stabil dan dalam sesi berjadual untuk temujanji dengan pihak hospital bagi tujuan rawatan di HSA Johor Bharu. Beliau memohon surat sokongan daripada pihak JHEV ATM untuk beliau bawa semasa temujanji nanti agar beliau dapat dirawat di IJN.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias menyampaikan taklimat mengenai peranan dan fungsi JHEV ATM pada Forum Khidmat Nasihat Persaraan Persaraan Peringkat 8 Briged pada 25 Julai 2017.

Gambar aktiviti kaunter bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri Johor pada 23 Julai 2017 sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelab Veteran Komando Malaysia Negeri Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Johor Bahru.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Lt Kol Ahmad Rosdi bin Othman menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 dan dialog bersama PVATM Tak Berpencen Perlis pada 23 Julai 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi hadir ke Majlis Penyerahan Sijil Perdaftaran Persatuan kepada Perstuan Bekas ATM Larut , Selama, Perak pada 23 Julai 2017. Turut hadir Adun Kubu Gajah dan ketua Jabatan Daerah Selama Perak.

Kunjungan Hormat kepada TYT Sarawak bersama Panglima 1 Divisyen dan Ketua Polis Sarawak pada 20 Julai 2017 untuk menjemput beliau ke Majlis Perbarisan Hari Pahlawan dan Penganugerahan Pingat PJM pada 31 Jul 17 di DUN Sarawak .

Seramai 150 calon Veteran/ Balu akan menerima Pingat PJM tersebut.