• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit kepada penerima skim bantuan kebajikan. Seramai 3 orang penerima telah menerima peralatan pesakit berupa kerusi roda iaitu Isteri Kapt (B) Zainol bin Hashim di Lukut, Encik Au Moi di Rantau dan Hj Ariffin bin Sihee di Seri Menanti. Semoga dengan pemberian kerusi roda ini dapat meringankan beban yang ditanggung.

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Terengganu dan Kelantan, Kapt Mohd Faizal bin Jamil mengadakan lawatan kebajikan dan penyerahan bantuan kerusi roda serta walking frame kepada veteran Encik Musa bin Ismail di Taman Dato Adnan, Kemaman pada 130900H Jul 2017. Turut serta ahli Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Terengganu (PVTTB). Veteran telah dipotong kaki akibat kencing manis dan veteran turut memohon bantuan berupa kaki palsu.

KUALA LUMPUR, 12 Jul 2017 - Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM turut mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum membicarakan Kempen Tabung Pahlawan 2017 di program Selamat Pagi Malaysia, RTM 1

DEMI PERWIRAKU SEKECIL MANAPUN BESAR PENGERTIANNYA

Pengarah JHEV ATM Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan kebajikan ke atas adik Mohammad Faiz bin Mohd Izahir (anak Veteran ATM) di ICU Mutiara HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Beliau merupakan salah seorang mangsa tragedi van sekolah tahfiz yang terbabas di Kuala Krai pada bulan Ramadhan yang lepas yang mengakibatkan tujuh kematian Pelajar Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang. Sumbangan berupa wang tunai diberikan kepada ayahnya Encik Muhammad Izahir bin Kasim.

Lawatan kerja pegawai dan staf daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Jabatan Perkhidmatan Persaraan seramai 6 orang ke JHEV ATM HQ. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui cara2 pemprosesan kad veteran ATM. Taklimat telah disampaikan oleh Mej Abdul Rahim bin Musa (PP1 Bhgn Pencen), turut hadir bersama Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Tuan Hj Abd Karim bin Hj Husain.