• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim dan staff melakukan lawatan ke Limbang, Sarawak untuk bertemu dengan veteran serta menerima borang Bantuan Bakti Negara (BBN) yang telah lengkap sepenuhnya pada 27 Ogos 2017.

Penyerahan bantuan kerusi roda daripada JHEV ATM Kelantan & Terengganu yang diwakili oleh penolong pengarah, Kapt mohd Faizal bin Jamil kepada isteri Encik Mohamad Khoman bin Kaharudin iaitu Puan Hashiah bte Ibrahim di Lot 392 Taman Safiah Murni, Bukit Payong, Marang Terengganu pada 23 Ogos 2017.

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang Veteran ATM yang telah tiba di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan haji telah kembali ke rahmatullah pada 23/8/17 jam 11 pagi waktu Malaysia. Allahyarham Hamzah Bin Hashim meninggal dunia pada jam 5 pagi waktu Arab Saudi di bilik penginapan dalam keadaan tidur dan berpakaian Ihram. Jenazah telah disembahyangkan di Masjidill Haram dan selamat disempurnakankan oleh pihak Tabung Haji dengan kerjasama kerajaan Arab Saudi.

Majlis Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Musim Haji 1438H/2017M yang di hadiri oleh

Pengerusi Tabung Haji, YB. Panglima Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Sri Zulkiple Hj Kassim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi, Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Dato' Mohamad Khir Abdullah, pegawai-pegawai ATM dan bakal-bakal haji ATM, Veteran ATM serta warga MINDEF di bangunan TH Kelana Jaya pada 22 Ogos 2017.

Lawatan kebajikan dan penyampaian sumbangan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM bersama JHEV ATM Caw Negeri Pahang dan turut hadir bersama wakil PVATM Pahang pada 19 januari 2017. Seramai 6 orang veteran telah menerima sumbangan tersebut.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri melawat Veteran ATM, Encik Suparman bin Kassan yang mana rumah veteran tersebut hangus terbakar pada 18 Ogos 2017.

Veteran telah diberi penerangan dan borang bagi mendapatkan skim Bantuan Bencana Alam dan buat masa ini veteran menumpang dirumah anaknya di kampung yang sama.

Program Semarak Merdeka Parlimen Kemaman, Terengganu yang disempurnakan oleh YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera pada 17 Ogos 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi menyerahkan hospital bed dan kerusi roda kepada isteri veteran ATM di Padang Rengas, Kuala Kangsar, perak pada 18 Ogos 2017.