• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Johor, Mej Abdul Aziz bin Haji Kasmuri telah merasmikan Persidangan Tahunan Persatuan Veteran India ATM (PERIM) Cawangan Johor kali ke 8 di THY Executive Hotel Plentong, Johor pada 01 April 2017.

Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 37 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Kemaman pada 1 April 2017 di Resort World kijal.

Turut hadir YBhg. Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM, YDP PVATM Terengganu, exco dan ahli PVATM cawangan kemaman. Seramai 200 orang veteran telah hadir ke program ini.

Lt Kol Yusof bin Saidi, Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak telah merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Ke 16 PVATM Cawangan Rungkup, Bagan Datuk, Perak pada 01 April 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lot Kol Kamruzaman bin Mat Sham mengadakan lawatan ke atas Veteran ATM, Encik Mokhtar bin Othman (147144) di No 32, Jalan Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang pada 30 Mac 2017. Veteran mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti sakit saraf, Ghout, dan Kencing Manis. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sepatutnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

 

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lot Kol Kamruzaman bin Mat Sham melakukan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM yang lumpuh, (10247) Encik Romli bin Yunus di Kampung Benum, Guling Tajau, Kuala Krau, Temerloh, Pahang pada 30 Mac 2017. Semoga veteran sabar menghadapi dugaan dan pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beliau.

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

29 Mac 2017- Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Sempena majlis tersebut, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menganugerahkan Pingat PJM kepada 67 Veteran ATM yang terdiri daripada Malaysian Armed Forces Sikh Veterans Association (MAFSVA).

Sesi pengambaran bagi Pogram Di Celah-Celah Kehidupan di gerai dan rumah Veteran ATM, Encik Abd Ghani bin Mat Rani di Ayer Hitam, Johor. Beliau terpilih kerana kegigihan beliau menjual air tebu untuk menyara kehidupan sekeluarga. Turut sama Pengarah Urusan BHPetrol dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Mej Jen (B) Dato Sri Ali bin Alwi.

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia ( PJM) kepada 22 veteran KEKPAK pada 25 Mac 17. Majlis telah disempurnakan oleh Mej Jen Dato Hj Jalaluddin bin Hj Manan, AKS CSM Markas TD bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur.