• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Lawatan siasatan dan kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri, ke atas veteran 814442 LK1 Encik Amran b. Jabar 52 tahun (Navy). Veteran masih sihat dan mampu bekerja dan mempunyai tanggungan seorang anak perempuan sulung yang oku, seorang anak perempuan 22 tahun yang menuntut di UTEM dan seorang anak lelaki berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM, menyerahkan peralatan pesakit berupa Kerusi Roda, Tandas Duduk dan Tongkat Kaki Empat kepada Veteran ATM, Encik Mohd Said bin Yeop Ahmad yang tinggal di No. 69, Lorong 3, Taman Atas (Batu 8, Jalan Kuantan - Gambang), 25150 Kuantan, Pahang.

Lawatan dan penyerahan bantuan kerusi roda daripada Mej Muhd Aman Shah bin Alias yang mewakili JHEV ATM Negeri Cawangan Kelantan&Terengganu kepada veteran PW2 Razab bin Hamat di Kampung Jalor, Pasir Putih, kelantan pada 231500 H Mei 17. Veteran mengalami strok dan memerlukan bantuan. Khidmat nasihat serta penerangan mengenai bantuan JHEV telah diberikan kepada beliau.

Kuala Lumpur, 24 Mei 2017, - Simbolik penyerahan replika cek berjumlah RM84,800.00 oleh YBhg Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee Bin Mazlan ( B ), selaku Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad kepada YBhg Mejar Jeneral Dato Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM. Sumbangan tersebut diberikan kepada Yayasan Veteran ATM bagi keperluan Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah mempengerusikan, Mesyuarat Penyelarasan Hari Himpunan Veteran Raksasa bersama pengarah-pengarah bahagian dan wakil-wakil daripada persatuan veteran yang bernaung di bawah JHEV ATM pada 19 Mei 2017 di JHEV ATM Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah menerima kunjung hormat daripada Ketua Pengarah PERHEBAT yang baru, Encik Ahmad Tajuddin bin Jaafar dan Naik Canselor INTI Prof. Dato' Dr. Rahmah Mohamed di pejabat JHEV ATM Kuala Lumpur pada 19 Mei 2017.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Askar British yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Ahmad di Pejabat JHEV ATM, Menara TH Perdana, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi bergambar bersama bekas Veteran ATM semasa Program Jejak Kawan di Tapah, Perak. Program Jejak Kawan ini telah di anjurkan oleh JHEV ATM Negeri Cawangan Perak dan Persatuan Veteran 25 RAMD yang bermula pada 16 Mei hingga 17 Mei 2017.