• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Lawatan Pemantauan Projek Bina Baru Dan Baik Pulih Rumah 1MVHRP 2016 balu veteran ATM iaitu Puan Bairin @ Irene binti Yunggi  dan veteran Encik Markus  Yatala di Tambunan oleh Encik Mohd Najib bin Dawod, Pengarah BKS & NBOS bersama Mejar Nur Azimi bin Idris, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah. 

Encik Mohd Najib bin Dawod, Pengarah BKS & NBOS bersama Lt Shahrizal Azha bin Mohd Tahir TUDM Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah mengadakan lawatan pemantauan projek bina baru dan baik pulih rumah Veteran ATM, 122303 Encik Janiwia bin Binggol di Kampung Marasinsim, Kota Marudu, Sabah.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) menafikan tiada sebarang pembayaran dikenakan ke atas pemohon Pingat Jasa Malaysia (PJM). Pihak JHEV ATM amat kesal dengan tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan terhadap para Veteran ATM dengan mengenakan bayaran sejumlah RM50.00 hingga RM100.00.

Perjumpaan Pengemaskinian Data Veteran ATM dan Taklimat kepada Persatuan Veteran ATM yang berdaftar di Melaka dan Negeri Sembilan. Taklimat disampaikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Mejar Zulfazlee bin Zamri pada 28 Feb 2017 bertempat di JHEV ATM Cawangan Melaka & N.Sembilan.

Veteran ATM yang terdiri daripada pelbagai persatuan turut sama hadir ke Perbarisan HUT TD ke 84 di Kem Muara Tuang, Kuching, Sarawak. Perbarisan melibatkan 110 orang pegawai dan 990 LLP dan diketuai oleh Lt Kol Mohd Asmadi bin Hj Ahmad,

Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Kor Polis Tentera Diraja.

Pengarah JHEV ATM Perak, Lt Kol. Yusof bin Saidi menghadiri Program Jejak Veteran ATM Daerah kerian anjuran PVATM Perak pada 16 Feb 2017. Turut hadir semua exco negeri, ketua cawangan dan exco cawangan PVATM Pangkor, Changkat Jering, Bagan Serai, Kuala Kurau dan cawangan Chenderoh.

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Selangor, Kapt Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid menyampaikan taklimat mengenai peranan dan fungsi JHEV ATM kepada tentera yang menjalani Pra Latihan Peralihan di PERHEBAT Sg Buloh, Selangor pada 16 Februari 2017.

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir dan VKU oleh PVATM Pahang disempurnakan oleh Presiden PVATM Malaysia dan diadakan di Dewan OUM Temerloh pada 17 Februari 2017. Lawatan ke rumah veteran VKU juga diadakan dan Penyampaian Waran Pencen oleh Pengarah JHEV Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham kepada Veteran ATM yang terlantar iaitu En. Azizi bin Hamzah. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung.