• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melawat Veteran ATM (T6794) Hj Shamsudin bin Sulaiman (bapa kepada Exco Pahang, Dato Sri Mohd Shakar di alamat No 9, Jalan Bahagia Permai 2/1, Taman Bahagia Permai, Temerloh pada 30 April 2017.

Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri terhadap veteran (T803662) Encik Chua Han Seng pada 292000H Apr 17 di Pusat Jagaan Jeta Care Kulai, Johor.

Kronologi : En Chua telah jatuh pengsan semasa bersenam pada 4 tahun yg lepas dan disahkan mengidap strok seluruh badan. Keluarga veteran telah menghantar veteran ke pusat jagaan sejak dr awal veteran mengidap strok.

Lawatan kebajikan oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Johor, Kapt Muhammad Fazdli bin Jafri terhadap Veteran ATM, (T533184) Encik Zailani bin selamat di Hospital Kluang, Johor pada 282300H Apr 17.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Lt Kol Azmizar bin Karim menyampaikan peralatan pesakit berupa kerusi roda dan peralatan membuang air besar kepada balu Veteran ATM, Encik Kamaruzzaman bin Abdullah di batu 20, Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka.

Lawatan kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Mohammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM 1045094 Encik Zainuddin bin Seman di alamat Lot 1035/1, Batu 17 1/2, Lorong Penghulu, Hulu Kelang, 54200 Ampang, Selangor pada 24 April 2017.

Rumah kediaman veteran (bahagian tengah) telah dihempap pokok tumbang semasa kejadian hujan lebat dan angin kencang pukul 11.30 pagi pada 18 April 2017.

Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham melawat Veteran ATM 1087608 Encik Mohd Zulkarnian bin Mohd Mokhti yang terlantar sakit akibat kanser lapisan perut di No. 27, Jalan TM 9, Taman Temerloh Makmor, Temerloh, Pahang. Turut hadir melawat YDP PVATM, T/YDP PVATM, S/Usaha Kehormat Negeri Pahang. Semoga beliau tabah dan sabar menghadapi dugaan yang diterima.

Majlis serah menyerah tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka & N.Sembilan yang baru di antara Mej Zulfazlee bin Zamro dan Lt Kol Azmizar bin Karim pada 13 April 2017, jam 1000.

Majlis turut dihadiri oleh YDP / Pengerusi / Presiden / wakil persatuan-persatuan veteran berdaftar di Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

Kunjungan hormat Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir Abdullah ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada 13 April 2017. Ketibaan Ketua Pengarah JHEV ATM di sambut oleh YBhg. Datuk Othman Mohamad, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.