• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah bersama isteri, Datin Nab binti Mamat meluangkan masa menziarah isteri Veteran ATM, Encik Aziz bin Ismail di kediaman beliau di Kampung Gua Salor, Kelantan yang mengalami masalah tulang pinggul dan sukar untuk berjalan pada 23 Jun 2017.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah bersama isteri, Datin Nab binti Mamat meluangkan masa menziarah isteri Veteran ATM, Encik Mohd Alias bin Awang Noh di Kampung Pengkalan Kubur, Salor, Kelantan. Isteri veteran mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta penglihatan dan tidak boleh berjalan di kediaman beliau pada 23 Jun 2017.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah bersama isteri, Datin Nab binti Mamat meluangkan masa menziarah isteri Veteran ATM, Encik Mohd Nawawi bin Hamid di kediaman beliau di Kampung Pengkalan Kubur, Salor, Kelantan pada 23 Jun 2017. Isteri veteran mengidap penyakit stroke.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu,  Mej Muhd Aman Shah bin Alias melawat Veteran ATM, Encik Jani bin Hassan di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan yang mengidap stroke pada 23 Jun 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melawat Veteran ATM, 1081474 Sjn (B) Yusuf bin Awang (kor KPD) di Kampung Tasik Berang, Pasir Mas, Kelantan pada 27 Jun 2017. Veteran merupakan pesara berpencen berumur 47 tahun telah mengidap penyakit barah otak sejak tahun 2015 (terlantar). Beliau telah menjalani pembedahan di kepala sebanyak 2 kali. Isteri beliau berumur 45 thn dan mempunyai anak 7 org. 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah dan yg bongsu 4 tahun.

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kelantan & Terengganu, Kapt Mohd Faizal bin Jamil melakukan lawatan kebajikan terhadap balu Allahyarham Sjn Mohd Nor bin Yaacob iaitu Puan Zaleha binti Jusoh di Kampung Banggol Judah, Machang, Kelantan pada 021400H Jul 17. Balu beliau merupakan penerima pencen terbitan sebanyak RM 1090.03. Beliau turut mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis serta strok.

Gambar pegawai dan anggota staf Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di sudut Halatuju bertempat di foyer MINDEF pada 20 Jun 2017 bersempena dengan bulan untuk mempromosikan Halatuju MINDEF kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan...

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Muhamad Nabil bin Othman hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran PVATM Negeri Perak bersama exco kerajaan negeri Dato Shamsudin di Tower Regency Ipoh sempena penyerahan sumbangan tabung hari pahlawan kepada PVATM cawangan pada 16 Jun 2017.